Mabuk arak dalam pesawat
SELAMA lapan hari berada di Turki saya mempunyai hanya persepsi positif mengenai orang di sana. Berbudi bahasa, lemah-lembut, suka menolong – itulah yang dipamerkan di kota-kota utama yang dikunjungi termasuk Istanbul, Ankara, Bursa, Konya, Pamukkale dan beberapa lagi.
Sebagai pelancong asing – lelaki pula! – tentu sekali saya lebih positif melihat gadis dan wanita yang rata-rata manis bibir, peramah lidah, dan manja jelingan. Kalau boleh saya hendak tinggal lebih lama, walaupun dalam suasana musim sejuk yang menyengat tubuh.
Tetapi sayang sekali pada hari terakhir tembelang orang Turki merubah persepsi dari positif kepada negatif. Enam lelaki betul-betul menyakitkan hati saya, bukan di pusat beli-belah atau di tempat-tempat tumpuan pelancong, tetapi dalam kapal terbang.
Sejak menaiki pesawat 0031 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Atarturk untuk pulang ke KL, mereka sudah membuat onar. Mereka yang duduk sekelompok bukan sahaja angkuh, malah kurang ajar, mungkin juga bodoh sombong.
Terus-terang, saya – mungkin juga penumpang lain – berasa amat tidak selesa dalam penerbangan pulang selama sembilan jam. Kalau zaman ‘gedebe’ saya muda-muda dulu pasti paling tidak pun satu penampar hinggap di muka debab mereka.
Silap-silap gaya hujung kasut saya masuk dalam mulut mereka. Geram betul!
Sebaik pelayan mengedarkan minuman, enam lelaki yang semuanya bertubuh besar, berjambang dan berbulu di lengan, sudah berlagak samseng. Mereka meminta bir. Ketika makan malam dihidangkan, dan penumpang lain meminta jus buah-buahan, mereka masih meminta bir.
Selesai makan, ketika penumpang lain ingin berehat sambil membaca atau menonton filem, geng ‘Enam Jahnam’ – Islam, berdasarkan nama yang disebut oleh pramugari – masih meminta bir. Tanpa malu dan hormat pada orang lain, mereka meneguk minuman keras dalam tin seperti minum air sirap.
Untuk tiga jam pertama penerbangan, mereka tidak putus-putus meminta bir. Saya menghitung dan mencatat dalam buku nota, setiap orang sudah minum tidak kurang lima tin bir. Saya boleh nampak dengan jelas jenama-jenama terkenal yang dikeluarkan kilang-kilang arak negara kita.
Saya mengadu kepada seorang pramugara, dan diberitahu bahawa krew penerbangan sendiri tidak senang dengan sikap kaki botol sesetengah penumpang. “Tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa, dan terpaksa akur dengan kehendak mereka. Kami hanya menjalankan tugas mengikut peraturan penerbangan antarabangsa.”
Sekiranya benar peraturan antarabangsa yang menjadi penentu, saya amat bersimpati dengan krew penerbangan – sebahagian besar Melayu @ Islam – yang sepanjang masa telah menunjukkan sikap profesional terbaik kepada semua penumpang.
Mereka menegur secara berhemah tetapi tidak diendahkan oleh kaki-kaki botol itu. Mungkin geng tersebut tidak faham bahasa Inggeris, dan krew kita pula tidak boleh berbahasa Turki. Bahasa isyarat langsung tidak memberi kesan.
Lebih menyakitkan hati, salah seorang yang berjambang itu pergi sendiri ke ruang penyajian di belakang pesawat dan kembali ke tempat duduk dengan membawa enam tin bir. Setelah tin kosong dia pergi lagi ke belakang, mengambil enam tin lagi untuk ditogok. Tiga kali dia ke belakang, setiap kali membawa enam tin, ertinya 18 tin diambil sendiri dari ruang penyajian.
Lebih menyakitkan hati, ketika lampu dimatikan untuk penumpang tidur, enam orang itu masih terus menogak minuman keras, tanpa sedikit pun prihatin kepada penumpang lain, termasuk sepasang suami isteri membawa anak kecil yang duduk betul-betul di sebelah.
Kemudian mereka lebih kurang ajar dalam keadaan mabuk. Sambil meneguk, mereka mula bercakap dan ketawa. Mereka berdiri di laluan antara tempat duduk, menghalang penumpang lain untuk ke tandas.
Terus meneguk bir, entah apa-apa mereka bercakap dalam bahasa Turki, betul-betul menyakitkan telinga dan hati. Seorang dua mula duduk melintang tubuh di tempat letak tangan, kaki menghalang laluan. Kelompok mereka betul-betul seperti dalam bar.
Dan tidak ada siapa berani menegur!
Timbul pertanyaan: Sementara peraturan antarabangsa memberi hak untuk mereka minum arak, kenapa nafikan hak saya dan penumpang lain yang sama membayar tambang, untuk tenang dalam penerbangan?
Dan, apa perlunya pesawat kita menghidangkan arak?

No comments:
Post a Comment