Saturday 21 December 2013

Guru penolong kanan terlampau



  • Guru penolong kanan terlampauLizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam.
 1 / 1 
AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.

Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.

Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.

Anak mati lepas dapat rawatan


  • Anak mati lepas dapat rawatanMuhamad Sardi dan Fadilah menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kes kematian anaknya. Gambar Kecil: Allahyarham Ulya Insyirah
 1 / 1 
JERTIH - Pasangan guru bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah pusat kesihatan dekat sini, kerana mendakwa kecuaian kakitangannya sehingga menyebabkan anak perempuan mereka meninggal dunia pada 6 Disember lalu.

Muhamad Sardi Saad, 37 dan isterinya Fadilah Ab Wahab, 43, dari Alor Lintang sedang mendapatkan khidmat guaman untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan bagi mendapat pembelaan.

Pasangan terbabit kecewa kerana mendakwa layanan diterima ketika membawa anak mereka mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berkenaan pada 5 Disember lalu amat tidak memuaskan.

Menurut Muhamad, dia membawa anak perempuannya, Ulya Insyirah, 4 tahun dua bulan ke sana pada tarikh berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas anak bongsu daripada tiga beradik itu muntah-muntah kira-kira jam 3 pagi hari sama.

Rawatan diberi tak memuaskan hati

Dakwanya, setiba di unit kecemasan kira-kira jam 9.40 pagi, doktor bertugas mengarahkan supaya anaknya berdiri di atas alat penimbang kemudian dibaringkan di atas katil pesakit.

Mereka tidak berpuas hati kerana mendakwa doktor tidak membuat pemeriksaan sebagaimana lazim, termasuk memeriksa tekanan darah dan denyutan nadi, sebaliknya terus memasukkan air.

Dakwanya lagi, dua doktor bertugas dibantu seorang jururawat cuba memasukkan jarum di tangan anaknya untuk mencari urat darah tetapi tidak berjaya.

“Selepas lebih tiga jam berada di unit kecemasan, Ulya Insyirah kemudian dimasukkan ke wad di pusat kesihatan berkenaan. Pada peringkat awal dimasukkan air, keadaan anak saya kembali aktif dan dapat makan.

“Bagaimanapun selepas Maghrib hari sama, isteri saya lihat keadaan anak saya menunjukkan perubahan luar biasa apabila kaki dan tangannya kelihatan bengkak (sembab).

“Kami bertambah kecewa dengan jawapan seorang doktor dan jururawat yang datang membuat pemeriksaan harian apabila menjawab tidak tahu punca bengkak,” katanya.

Terlebih dimasukkan air

Muhamad berkata, dia memberitahu pihak pusat kesihatan kemungkinan anaknya terlebih dimasukkan air kerana diberi air secara berterusan walaupun keadaannya sudah pulih.

“Akhirnya pihak pusat kesihatan membuat ujian Sinar X (x-ray) dan terbukti diakui terdapat sedikit lebihan air, sehingga memasuki paru-paru anak saya,” katanya.

Menurutnya, pada malam itu keadaan anaknya semakin lemah dan menjadi kritikal apabila pernafasannya tidak normal.

Dakwanya, kelemahan pihak pusat kesihatan juga jelas ketika anaknya semakin teruk pelbagai masalah timbul di dalam wad, seperti ketiadaan soket elektrik berhampiran katil, selain kakitangan di situ terpaksa mencari di merata tempat tabung oksigen kerana kehabisan oksigen menyebabkan kelewatan bantuan diberi kepada anaknya.

Akhirnya setelah keadaan Ulya Insyirah bertambah serius, dia dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu hanya kira-kira jam 5.30 pagi, 6 Disember.

Kata Muhamad Sardi, sebaik tiba di HSNZ, pada jam 6.50 pagi anaknya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (INCU) namun, pada jam 8.05 pagi anaknya disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Buat laporan polis

Berikutan rasa tidak puas hati terhadap cara pihak pusat kesihatan memberi rawatan terhadap anaknya, Muhamad Sardi kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Kampung Raja, pada 12 Disember.
“Kami sebenarnya akur dan reda dengan kematian Ulya Insyirah kerana itu kehendak ALLAH. Namun, rasa sedih dan kecewa dengan cara kakitangan pusat kesihatan membuat pemeriksaan dan merawat mangsa menyebabkan saya terpaksa bawa perkara ini ke atas,” katanya.

Menurutnya, paling penting, kes seumpama ini diharap tidak akan berulang dan menimpa pesakit lain yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan itu.

Kes dalam siasatan

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Katanya, walaupun tidak menerima laporan sekalipun pihaknya tetap akan menjalankan siasatan kerana sememangnya prosedur kementerian yang menetapkan satu siasatan dilakukan sekiranya berlaku kematian membabitkan
kanak-kanak di bawah umur lima tahun di pusat kesihatan.

“Siasatan kes ini diketuai oleh seorang doktor pakar kanak-kanak dari HSNZ bersama pasukannya dan sedang menyiasat dari pelbagai sudut termasuk menilai pihak pusat kesihatan itu mahupun HSNZ mematuhi Prosedur
Operasi Standard (SOP).

Kata beliau, siasatan dilakukan secara telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Thursday 19 December 2013

Skandal AdiPutra Hj dicerai Talak ?

Dikongsi dari Sumber : Beautifulnara
Terkejut beruk dibuatnya membaca perkembangan terbaru yang melanda rumahtangga wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra iaitu Nooraida dan suaminya, Amiruddin Othan. MenerusiHarian Metro sebentar tadi, Amiruddin mengakui telah menceraikan Nooraida dengan talak satu 2 hari yang lalu di kediaman mereka di Johor Bahru kira-kira jam 4.30 hingga 5 pagi.
nooraida dicerai suami
Lafaz cerai dilakukan selepas perbincangan dari hati ke hati oleh kedua-dua belah pihak. Kata Amiruddin:-
Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida. Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh
nooraida dicerai
Nampaknya memang jodoh Nooraida dan Amiruddin setakat sampai di sini sahaja. Sesungguhnya apa yang melanda rumahtangga mereka memang satu dugaan yang hebat. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga selepas ini akan ada kebahagiaan buat Nooraida dan Amiruddin. Untuk makluman, mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan.

Wednesday 18 December 2013

Video Puting Beliung di Johor

KUALA LUMPUR: Satu fenomena seolah-olah puting beliung dilaporkan dilihat di sekitar Johor dan Singapura hari ini.

Berita tersebut tersebar dengan meluasnya di laman media sosial sejak petang tadi.

Ramai yang melihat kejadian  itu sempat merakamkannya dan berkongsi gambar-gambar itu sejurus ia terjadi.
Peristiwa itu juga sempat dirakamkan oleh seorang warga Johor, Azman Badaruddin yang berkongsi pengalaman.





VIDEO



Walaubagaimanapun, Pusat Cuaca Nasional menafikan bahawa peristiwa tersebut adalah puting beliung.

Sebaliknya,  Ketua Penolong Pengarah jabatan itu, Amirzudi Hashim berkata ia adalah fenomena ‘belalai air’.

“Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia. Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar,” katanya kepada Astro AWANI.

Amirzudi berkata selalunya, ‘belalai air’ itu tidak akan sampai ke darat.

“Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan,” katanya.

Namun demikian, Amirzudi berkata belalai air boleh mencederakan orang ramai jika didekati.

“Saya nasihatkan para nelayan dan sesiapa yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk jangan cuba menghampiri belalai air,” katanya.

Kantoi Nak Curi Ducati

Kena Sebat Kantoi Khalwat

Sunday 15 December 2013

Pelajar cuba bunuh diri didakwa


  • Pelajar cuba bunuh diri didakwaGadis 14 tahun ini kelu seketika selepas mendapati hukuman bakal dikenakan ke atasnya akibat cuba bunuh diri.
 1 / 1 
DUNGUN - Akibat tekanan perasaan, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah ini nekad untuk membunuh diri dengan cuba terjun dari bangunan sekolah.

Natijahnya, dia terpaksa menanggung hukuman yang bakal dikenakan akibat perbuatan di luar kewarasannya itu.

Dia yang difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu bakal berdepan hukuman penjara atau denda.

Tertuduh yang sempat ditemui Sinar Harian selepas pendakwaan dilakukan ke atasnya berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana gagal mengawal emosi selepas menghadapi masalah pelajaran dan keluarga.

“Saya menyesal melakukan kesalahan itu. Mungkin apa yang saya lalui ini merupakan pengajaran buat saya. Saya nasihatkan rakan-rakan lain agar tidak melakukan perbuatan ini kerana ia salah di sisi agama dan undang-undang,” luah gadis 14 tahun yang berhadapan dakwaan cuba membunuh diri itu.

Pelajar perempuan terbabit berhadapan dakwaan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Dungun pagi semalam didapati melakukan perbuatan itu pada jam 9.10 pagi 6 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pelajar yang berasal dari Kampung Kuala Abang itu bagaimanapun mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hazwanie Hussain Bustari.

Dia dikenakan jaminan sebanyak RM1,500 dan mahkamah menetapkan 24 Disember ini sebagai tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sucikah Adi Putra - Haji Amiruddin

Sumber : Beautifulnara

Melihat kesungguhan suami Nooraida (wanita yang didakwa mempunyai skandal denan Adi Putra) Amiruddin Othman, nampak gayanya kes ini akan terus hangat sehinggalah siasatan mengenainya dibuka semula. Amiruddin semalam menerusi Kosmo Ahad mempertikaikan kesucian Adi Putra sehinggakan kesemua kesalahan diletakkan pada isterinya.
nooraida
Kata Amiruddin:-
Saya bukan gila untuk mereka cerita ini, saya ini bukan daripada industri hiburan dan hanya orang biasa. Terlalu sucikah Adi Putra sehinggakan semua kesalahan diletakkan pada isteri saya, Nooraida? Jika lelaki tidak memujuk atau memikat, perempuan tidak akan cair. Saya percaya perara ini benar. Saya sebagai suami berani membuat laporan polis supaya keadilan dapat dibela.
nooraida
Nooriada pula mengakui dia melayan mesej Adi Putra kerana keromantikan pelakon itu. Kata Nooraida:-
Pada mulanya saya cuma hantar ucapan ketika Adi pergi umrah. Itu sahaja. Saya memang minat dia. Saya terus layan mesej sebab dia romantik jadi saya memang teruja.
adi
Sementara itu isteri Adi Putra, Aida Yusof pula menyatakan yang mereka tidak gentar dan tidak kisah sekiranya kes ini dibuka semula. Kata Aida:-
Kami tidak kisah jika kes tersebut mahu dibuka semula kerana tuduhan berat sebelah itu dilemparkan oleh suami Nooraida iaitu Amiruddin Othman sedangkan kes tersebut sudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Kami sedia beri kerjasama sekali lagi kepada pihak polis.
Sama-samalah kita nantikan keputusan terkini mengenai kes ini. Kedua-dua pihak nampak yakin bahawa kebenaran berada di pihak mereka. Kalau kes ini dapat diselesaikan secara baik, itu sudah tentu lebih bagus. Mungkin kesemua pihak yang terlibat boleh duduk semeja untuk berbincang. Mana tahu boleh jumpa jalan penyelesaian yang memberi kemenangan kepada mereka semua.

Ashraf BAHAGIA DENGAN KEDUA ISTERI

Semasa AIM20 Sabtu lalu, Nabil sempat mengusik Ashraf Muslim yang hadir sebagai pemberi anugerah. Kalau orang lain mahu cuak dan terkelu lidah nak menjawab apabila diusik mengenai isteri-isteri, namun Ashraf Muslim dengan rileks dan sempoi berkata “Dua-dua memang terbaik“. Memang penuh ketenangan sungguh. Respek  kepada Ashraf Muslim!!!
ashraf muslim
Kini kehamilan isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah sudah pun masuk bulan kelima. Pastinya Ashraf semakin teruja untuk bergelar ayah tahun hadapan. Kata Ashraf:-
Alhamdulillah, Sakinah sudah hampir lima bulan mengandung dan keadaan dia sekarang sihat, dia tidak banyak mengalami alahan atau mengidam yang bukan-bukan. Setakat ini kami belum tahu lagi jantina bayi tersebut namun saya tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan.
ashraf dan dayana
Malah hubungan Ashraf dengan kedua-dua isterinya juga semakin hari semakin baik. Terharu bila mengetahui yang Ashraf akan cuba bersembahyang bersama-sama kedua-dua isterinya apabila ada kelapangan. Memang pemimpin sejati. Yang penting, Ashraf membahagiakan masa dengan adil antara untuk isteri-isterinya agar tiada yang berkecil hati. Kata Ashraf:-
Semuanya baik-baik sahaja, buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang dapat jumpa bertiga. Namun kalau ada kelapangan biasanya saya akan bawa mereka berdua keluar bersama-sama dan sembahyang berjemaah
Nampak gayanya kehidupan Ashraf Muslim semakin hari semakin tenang, bahagia dan sempurna di samping isteri-isterinya. Semoga ia akan terus berkekalan dan diserikan dengan cahaya mata yang ramai di masa hadapan. Memang terbaik sekiranya suatu hari nanti kalau dapat lihat gambar mereka bertiga bersama. Semoga ia akan menjadi kenyataan kelak.

Saturday 14 December 2013

Wan Maimunah akhiri zaman janda







JOHOR BAHRU: Pelakon veteran, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 60, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, dengan sekali lafaz pada Jumaat malam dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru Johor.

Pasangan pengantin itu dinikahkan Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Johor (JAIJ), Makhadzir Abdan dengan sekali lafaz berwalikan adik pengantin perempuan, Wan Hamzah Wan Abdul Aziz.

Pelakon yang pernah popular dengan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu memilih mas kahwin membimbing ke jalan yang diredhai Allah hingga ke akhir hayat.

Wan Maimunah turut menerima sebentuk cincin dan gelang untuk acara membatalkan air sembahyang.

Beliau berharap perkahwinan kali kedua selepas menjanda hampir 16 tahun akan kekal ke akhir hayat.

“Ibu bukan hendakkan harta dunia ibu hanya hanya ingin menumpang kasih di saat-saat akhir hayat ibu sebab tu la ibu mintak mas kawin berupa memberi tunjuk ajar ke jalan Allah kalau mas kawin diberi puluh ribu sekali pun ia akan pupus tapi tunjuk ajar bimbingan ke jalan Allah kekal hingga akhir hayat” ujar pelakon komedi terkenal itu.

Majlis ringkas itu turut disertai saudara mara terdekat kedua belah pihak pengantin.

Bagi suaminya, Makpol yang juga pengusaha makanan kacang pol di bandaraya itu tidak menghalang jika Wan Maimunah terus aktif dalam bidang lakonan selepas ini.

Lagi gambar seksi Nooraida Abdul Talib di sidang media




Lagi gambar seksi Nooraida Abdul Talib di sidang media - Penampilan seksi Nooraida Abdul Talib ketika menghadiri sidang media bersama suaminya, Haji Amiruddin bin Othman, pada petang semalam, mengundang kritikan orang ramai termasuk penggiat laman sosial dan blog hiburan.

INFO : Tiga fakta mengejutkan tentang gajah di Malaysia

Rata-rata komen peminat yang admin sempat baca di laman facebook, blog beautifulnaradan rotikya, melahirkan perasaan kurang senang mereka dengan cara pemakaian yang ditonjol oleh wanita skandal Adi Putra itu kerana jelas sekali memperlihatkan lurah dada miliknya.


Susulan kontroversi terbabit, orang ramai mula mempersoalkan niat dan motif sebenar pasangan suami isteri itu membuka kembali kes skandal yang sudah pun digugurkan. Ada yang mendakwa mereka cuba menutup aib sendiri, ada juga yang mengandaikan Nooraida dan suami inginkan wang saman.

Untuk pengetahuan, Amiruddin telah membuat satu laporan polis di bahagian tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat bagi meminta pegawai penyiasat sebuah balai polis di Johor, Inspektor Fergie anak Din dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak telus dalam menjalankan tugas.

INFO : Makcik ini mengejutkan ramai pasangan couple

Apapun andaian dan dakwaan yang dibuat, semuanya hanya boleh dianggap sebagai pendapat peribadi sahaja. Jom layan lagi beberapa keping gambar seksi Nooraida Abdul Talib di sidang media semalam.





Thursday 12 December 2013

Wanita menangis teresak-esak




  • Wanita menangis teresak-esakNoor Shila dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Seorang ibu tunggal hanya mampu menangis teresak-esak di kandang mahkamah apabila diminta membuat rayuan sebelum hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 dijatuhkan selepas mengaku bersalah mencuri coklat milik Pasaraya Giant, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Selain itu, Noor Shila Mamat, 28, dari Jalan Kamaruddin, Kampung Banggol, di sini, turut berdepan hukuman penjara selama sebulan lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kesemua keputusan itu dibuat selepas Noor Shila mengaku bersalah telah mencuri lima keping coklat Cadbury Cashewnut 175 gram; lima keping coklat Cadbury Almond 175 gram; lima keping coklat Cadbury Mired Nuts 175gram dan lima keping coklat Cadbury Dairy Milk H/Nut Praline 175 gram.

Dia mengaku bersalah mencuri coklat yang bernilai keseluruhan RM150 bersama dengan seorang lagi yang telah dituduh di Pasaraya Giant, Jalan Sultan Mohamad, di sini, pada 6 Februari 2010 di antara jam lebih kurang 5.35 petang hingga 5.45 petang.

Dengan itu, Noor Shila mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala Noor Shila tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian lebih kurang jam 6 petang, seorang pengawal keselamatan bertugas yang sedang melakukan rondaan telah menerima maklumat daripada salah seorang pekerja memaklumkan terdapat seorang wanita berbaju hijau dan bertudung kuning bersama seorang lelaki telah memasukkan barang ke dalam beg tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, pengawal keselamatan itu dengan ditemani salah seorang rakan sejawat terus ke lokasi dimaklumkan sebelum mendapati wanita dimaksudkan telah melalui kaunter tanpa membuat sebarang pembayaran.

Wanita itu ditahan di luar kawasan kaunter pembayaran dan hasil pemeriksaan berjaya menjumpai kesemua jenis coklat yang dicuri, sebelum diserahkan kepada polis.

TERKINI Adi Putra bersalah atau Tidak bersalah?

Sumber : Beautifulnara

Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai “no further action” atau tiada tindakan lanjut. Senang cerita, Adi Putra didapati tidak bersalah.
adi putra
Bercakap di sidang media yang diadakan di PWTC malam semalam, Adi Putra memohon agar tidak lagi dikaitkan dengan kes tersebut. Sekiranya ada pihak yang terus mahu memburukkan keadaan, Adi akan mengambil tindakan mahkamah. Kata Adi:-
Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya. Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai.
Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini. Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan
adi putra
Tahniah diucapkan kepada Adi Putra atas berita gembira ini.

WOW! Inilah 5 Kereta Paling Canggih dan Termewah di Dunia




Kereta-kereta ini super Canggih, mewah, dan terfavorite dari seluruh dunia, kereta ini juga pantas, dan juga yang termahal di dunia. Inilah senarai 5 Kereta Paling Canggih dan Termewah di Dunia yang boleh anda miliki saat ini, dari Maybach, Carrra GT, Mercedez Benz SLR, CCX, hingga s7 Twin Turbo.Meski hanya segelintir orang yang boleh memilikinya, sekurang-kurangnya kita masih boleh bermimpi untuk memilikinya juga. Berikut 5 Kereta Paling Canggih dan Termewah di Dunia , iaitu1.Maybach 62 Sedan


Foto Kereta Maybach


Brand Maybach sudah diperkenalkan pada tahun 1909 dan pada tahun 2002 dihidupkan kembali oleh Daimler Chrysler untuk bersaing langsung dengan Rolls Royce dan Bentley. Enam tahun kemudian, "Luxury Brand Status Index" memilih Maybach sebagai kereta mewah nombor satu, mengungguli baik Rolls Royce maupun Bentley.Jika harga jadi penunjuk, Maybach 62 dijual di julat US $ 390,000 atau  lebih mahal dari sebuah Rolls Royce Phantom dan lebih mahal US $ 200,000 dari Bentley Continental GTC. Sedan super mewah ini ditenagai oleh enjin V12 Twin Turbo 5.5L yang menyemburkan tenaga 612 HP.
2.Porsche Carrera GT



 
                                                    Foto Kereta Carrrera GT


Dari yang super mewah, sekarang kita bicara prestasi 3.5 saat, Porsche Carrera GT, sebuah kereta sport yang konsepnya jauh berbeza dengan Maybach. Mesinnya hampir serupa, Carrera GT ditenagai oleh mesin V10 5.7L yang menghasilkan daya 612 HP, sama dengan Maybach.Tapi mengusung nama Porsche bermakna prestasi yang hebat. Carrera GT hanya boleh 3.5 saat untuk mencapai kelajuan 97 km / jam dan menyentuh kelajuan 161 km / jam dalam 6,8 saat.Kereta Canggih kelas menengah yang satu ini sesuai untuk yang suka kelajuan  di jalanan Harganya hampir 4.5 bilion,


3.Mercedes-Benz SLR McLaren


                                                Foto Kereta Mercedes Benz SLRMeski tahun ini Mercedes menghentikan pengeluaran top roadster ini, orang yang beruntung  masih boleh mempunyai satu di antara 3500 SLR McLaren yang masih available.Monster jalanan ini sedikit lebih bertenaga dibanding Carrera GT.Mesin yang diusungnya berkonfigurasi V8 5.4L SOHC yang mampu menyemburkan tenaga maksimum hingga 626 HP. Mesin sangar ini sanggup membawa anda melaju 97 km / jam dalam 3.6 saat.Kecepatannya sendiri dihadkan pada maksimum 333 km / jam.

4.Koenigsegg CCX



                                              Foto Kereta CCX Koenigsegg


Kereta Canggih asal Sweden ini merupakan salah satu dari kereta-kereta yang paling laju di dunia .Menyentuh kelajuan 97 km / jam (60 mile-per-hour/mph) dari berhenti hanya dalam masa 3.2 saat.Ditenagai oleh enjin V8 4.7L dengan dua centrifugal supercharger yang menyemburkan tenaga sebesar 806 HP.Kalo mau beli, disyorkan ambil yang jenis CCXR - direka menggunakan biofuel, yang juga turut menaikkan tenaga Kereta Canggih cantik ini hingga 25%. Harganya disana hampir 5.5 bilion.


5.Saleen S7 Twin Turbo




                                          Foto Saleen S7 Twin Turbo

Kereta Canggih ini adalah salah satu daripada dua kereta asal Amerika yang termahal dalam senarai ini. S7 Twin Turbo mengusung mesin berkekuatan 750 HP, berkonfigurasi V8 dengan dua turbocharger kembar.Mesin monster ini sanggup memecut  hingga 97 km / jam hanya dalam waktu 3.2 saat dan menembusi 320 km / jam dari kedudukan berhenti dalam waktu hanya 27 saat saja! Berminat?sumber

Betul ke Mat Sabu Syiah?



Najib lancar Proton Perdana wajah baharu


  • Najib lancar Proton Perdana wajah baharuPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kereta Proton Perdana baru untuk kerajaan di lobi Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. Turut hadir Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil. Kereta didatangkan dalam dua warna iaitu hitam metalik dan "purple grey" dengan engin 2.0L dan 2.4L. Bagaimanapun untuk masa ini, kereta tersebut tidak dijual kepada orang awam. - Foto Bernama
 1 / 1 
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.
Proton Perdana berwajah baharu itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.
Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.
Turut hadir Muhyiddin, Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Khamil berkata Proton Holdings Berhad (Proton), anak syarikat DRB-HICOM, hari ini menyerahkan kumpulan pertama 200 unit Proton Perdana kepada kerajaan.
Beliau berkata 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan Proton Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan.
"Buat masa ini, Proton Perdana baharu itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.

"Proton juga menerima permintaan daripada kerajaan negeri dan badan berkanun untuk menukarkan Proton Perdana yang sedia namun ia tertakluk kepada kelulusan," katanya.
Mohd Khamil berkata Proton Perdana merupakan sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan Proton dengan kerjasama Honda Japan Ltd.

Beliau berkata ia merupakan fasa pertama program antara Proton dan Honda, menurut perjanjian kerjasama antara kedua belah pihak akhir tahun lepas.

"Kami menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia atas kepercayaan mereka kepada Proton dan memberikan kami peluang sekali lagi sebagai penyedia kenderaan rasmi kerajaan,” katanya.
Mohd Khamil berkata penggantian model Perdana yang akan digunakan kerajaan Persekutuan adalah di bawah fasa satu perancangan Proton bagi membangunkan segmen D baharu.
Katanya Proton telah memulakan fasa dua program berkenaan yang membabitkan pembangunan seterusnya model segmen D mengikut inisiatif perkongsian platform dengan Honda Japan Ltd, dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang baharu.

"Ia akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Ia akan dijual kepada orang awam,” katanya.  - Bernama

Anak sebak ibu mati sendirian





  • Anak sebak ibu mati sendirianMohd Zahar (dua, kanan) dan Mohd Fauzi (kanan) bersama anak-anaknya menziarahi kubur Saayah.
 1 / 1 
SABAK BERNAM – “Tak sangka itu adalah lambaian dan senyuman terakhir arwah ibu kepada saya, sebelum dia dijemput Ilahi,” kata, Mohd Zahar Hassan, 53, anak kedua mangsa warga emas yang ditemui mati terlentang di ruang tamu rumahnya di Kampung Hala Cara Baru, Parit 16, di sini, kelmarin.

Mohd Zahar berkata, ibunya, Saayah Bakri, 70, sempat melambaikan tangan kepadanya dan anak perempuannya, Nurul Fatiha, 10, sewaktu tiba di rumah selepas membawa arwah menjalani pemeriksaan tekanan darah tinggi di Klinik Sungai Besar 2 Disember lalu.

Menurutnya, dia kemudian menghantar Nurul Fatiha balik ke rumahnya di Simpang Lima Sungai Besar sebelum bergerak ke Shah Alam untuk mengambil adiknya, Mohd Fauzi, 41, untuk ke rumah kakak mereka di Felda Keratong 10, Rompin Pahang.

“Saya tak sangka arwah ibu pergi dalam sekelip mata, sedangkan pada hari itu (2 Disember lalu) saya sempat membawanya pergi ke klinik dan keluar makan sebelum menghantarnya pulang ke rumah,” ceritanya sebak.

Mohd Zahar berkata, dia juga mempelawa Allahyarham ibunya ke rumah kakak sulungnya, Masnah, 54, tetapi ditolak Saayah atas alasan sibuk kerana ingin menanam cili di hadapan rumah.

“Arwah beritahu dia cadang nak datang ke rumah kakak sewaktu kenduri di rumah kakak bulan enam (Jun) depan, tetapi malangnya, hajatnya tak kesampaian,” katanya sambil memberitahu dia hanya mengetahui kematian ibunya selepas seorang anak saudaranya menghubunginya dan memaklumkan Saayah gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

“Sebaik tiba di rumah arwah, saya mula rasa tak sedap hati apabila terhidu bau di luar rumah. Apabila mengintai di tingkap, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati mayat ibu sudah rebah di ruang tamu rumah,” katanya.

Sementara itu, anak bongsu arwah, Mohd Fauzi yang tinggal di Seksyen 19 Shah Alam berkata, kali terakhir dia menghubungi arwah ibunya itu sebelum berangkat ke Pahang.

“Sempat juga saya bertanya khabar arwah pada masa itu, tak sangka itu adalah perbualan terakhir saya bersamanya sebelum dimaklumkan dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang warga emas ditemui mati dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, Saayah Bakri, 70, ditemui anak lelakinya itu selepas diberitahu salah seorang jiran yang memaklumkan mangsa gagal dihubungi.

Beliau berkata, anak mangsa terus ke rumah ibunya itu sebelum terkejut apabila mendapati wanita itu sudah meninggal dunia sebaik menjenguk menerusi tingkap di ruang tamu rumah berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat penyakit darah tinggi yang dihidapinya dan mendapati tiada kes jenayah berlaku memandangkan tiada kecurian dilaporkan berlaku di rumah berkenaan.

Noor Mushar berkata, polis percaya mangsa dipercayai meninggal dunia antara lima hingga tujuh hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang reput.

Tuesday 10 December 2013

3 tak cukup

Hulu Klang: Dia sudah mempunyai tiga isteri dan 10 anak, namun masih belum puas melayani kehendak nafsu apabila tergamak merogol remaja baru berusia 13 tahun.

Taktik lelaki berusia 55 tahun itu ialah menjadikan mangsa anak angkatnya dan mengumpan dengan wang apabila memberi belanja RM300 sebulan selain selalu menambah nilai kad prabayar telefon bimbit gadis berkenaan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maz, 13, berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang dipanggil ‘papa’ melalui beberapa rakan sekolahnya tahun lalu.

Menurutnya, rakan memberitahu lelaki itu baik hati dan suka mengambil pelajar sebagai anak angkat.
Foto

Bagaimanapun, katanya, pada pertengahan Oktober lalu, suspek membawanya ke sebuah hotel di kawasan Selayang, dekat sini, kira-kira jam 8 malam dan memaksanya mengadakan hubungan seks.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.