Sumber : Berita Semasa
Ya. Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila seorang isteri Perdana Menteri terpalit dengan begitu banyak kontroversi.
Daripada kisah yang mana Rosmah Mansor dikaitkan dengan skandal pembunuhan berprofil tinggi, penyalagunaan harta negara (KLIK SINI), kehidupan dan perbelanjaan mewah sewaktu berada di luar negara (SEPERTI DI SINI) dan juga peranannya yang dilihat ramai rakyat Malaysia termasuk penganalisis politik melebihi kapasiti yang hanya bergelar isteri seorang Perdana Menteri.
Dan cerita ini kita menjadi santapan rakyat Malaysia sejak daripada 4, 5 tahun dahulu.
Rosmah Mansor VS Anifah Aman Vs Kementerian Luar?
Mungkin Datuk Seri Najib Razak sedar mengenai perilaku isteri yang “sangat aktif” tidak disenangi ramai pihak. Akhirnya ketika berlangsung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013, Datuk Seri Najib Razak tampil membongkar rahsia mengenai 2 jasa yang tidak diketahui ramai yang mana dilihat mahu meredakan keadaan dan amarah orang ramai lebih-lebih melibatkan kontroversi Rosmah Mansor menaiki jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar:
- membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip
- membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa.
Semuanya dapat dilakukan kerana kata Perdana Menteri, hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam kerana “networking” yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapal terbang Jumbo dengan percuma.
Rosmah Mansor berjaya menyelesaikan masalah antara kerajaan dengan kerajaan luar dengan semudah itu dan sepantas itu? Di mana dan apa gunanya saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri pada ketika itu? Di mana Anifah Aman pada ketika itu?
Melihatkan situasi ini Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin memberikan kritikan pedas seperti ini :
“Jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa Umno sudah menjadi parti orang bangsawan, parti ‘warlods’ dan parti laki-bini.”
Rosmah Mansor Dapat Lesen Besar Guna Jet Eksekutif Kerajaan & Kemudahan Lain?
Nampknya selepas ini, tidak menjadi sesuatu yang pelik dan ajaib seorang isteri Perdana Menteri akan terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi di mana Berita Semasa melihat ucapan dan pujian Najib Razak kepada isterinya Rosmah Mansor memberikan lampu hijau dan “lesan besar” kepada Rosmah Mansor.
Dan Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin mencadangkan Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet selain melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri :
“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,”
Apa saranan anda pula?
No comments:
Post a Comment