Wednesday 6 November 2013

Starbuck HARAM?

Assalamualaikum. 
Starbucks Corporation adalah rangkaian kedai kopi dan kopi antarabangsa berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Starbucks adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia, dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara, termasuk sekitar 11,000 di Amerika Syarikat, dikuti hampir 1,000 di Kanada dan lebih daripada 800 di Jepun. 

Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan, dan barangan seperti koleh dan biji kopi. Melalui bahagian Starbucks Entertainment dan jenama Hear Music, syarikat turut memasarkan buku-buku, muzik, dan filem. Kebanyakan daripada produk syarikat adalah bermusim atau khusus untuk lokasi sesebuah kedai. Aiskrim jenama-Starbucks dan kopi adalah juga dijual di kedai-kedai runcit.
 Jadi persoalannya adakah air kopi dari Starbucks ini halal atau haram? Sebentar tadi ada satu post yang telah dikongsikan oleh salah seorang rakan facebook yang menyatakan air kopi ini adalah haram kerana mengandungi beberapa ramuan yang tidak halal. Boleh tengok gambar dibawah ini mengenai ramuan yang dinyatakan. 



Oleh kerana tidak pasti mengenai maklumat yang disebarkan itu cs cuba mendapatkan kepastian di laman web jakim sendiri iaitu di Halal.com.my. Berikut merupakan ulasan Jakim mengenai isu status halal Starbucks ini. 

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
 
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.


Status halal Starbucks ini telah diperbaharui dan akan tamat pada 31/4/2014 menurut laman web halal.com.my. Jadi nasihat kepada yang kongsi sesuatu perkara itu sila selidik terlebih dahulu dan pastikan anda benar-benar pasti dengan kesahihan maklumat itu sebelum kongsi kepada orang lain. Perkara seperti ini boleh menyebabkan kekeliruan oleh banyak pihak.

No comments:

Post a Comment