Inilah kuasa cinta. Cinta memang dapat mengubah manusia. Daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada jahat. Daripada pakai baju ketat kepada menutup aurat. Indah sungguh kuasa cinta. Terharu Abang Nara mendengar yang Lana Nordin akan mengubah imej seksinya kepada memakai tudung kerana kasih sayang dan perasaan cintanya terhadap Johan As’ari.
Menurut sumberUtusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-
Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!
Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!
LELAKI YANG PERNAH MEMILIKI LANA NORDIN, PAMELA ANDERSON MALAYSIA! H O T!
Lana Nordin, 32 tahun pelakon sesi yang pernah berlakon dalam drama Gol dan Gincu juga terkenal sebagai Pamela Anderson Malaysia juga turut dikenali sebagai seseorang yang pernah beberapa kali menjalani hubungan cinta dengan beberapa lelaki. Mesti para peminat ingin tahu senarai lelaki yang pernah memiliki cinta Lana Nordin. Tentunya sangat bertuah bukan!
"Lets start the countdown!"
Ini bekas teman lelaki lama Lana Nordin, mereka bersama sekitar tahun 2010. Ternyata ketika ini Lana masih menyukai jejaka Melayu. Dengar cerita bekas teman lelakinya ini sangat berada dan mereka putus kerana Laan tidak disukai oleh si ibu. Oh..ibu mertuaku!
Seterusnya, Lana digosipkan dengan Iqram Dinzly pula. Tapi mungkin just a fling sebab lepas tu dengar ceritanya Iqram rapat dengan Fouziah Ghous yang taklah sebegitu sesi seperti Lana.
Lepas tu dengarnya taste Lana telah berubah ke lelaki mat salleh seperti Taboo, ahli kumpulan Black Eyed Peas. Dengarnya la..betul tu tak tahu lagi. Selepas Black Eyed Peas kembali ke USA kisah fling love in the air mereka turut tamat di situ.
Mungkin kerana taste Lana kini tertarik dengan lelaki mat salleh beliau memilih seorang jejaka kacak tinggi lampai yang dikenali sebagai Parvel, dari Republic Czech. Dia ini dikatakan adalah teman istimewa Lana Nordin terkini, namun sukar untuk mengaitkan dia sebagai lelaki yang sama yang dilihat bersama Lana Nordin di dalam fotonya yang penuh kontroversi itu (gambar kecil berbikini).
Ini kerana lelaki yang dilihat di dalam foto 'panasnya' itu mempunyai fizikal yang rendah jika dibandingkan dengan ketinggian Parvel. Lana Nordin bagaimanapun agak keberatan untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai si jejaka kelahiran Republik Czech itu. Bagaimanapun, dia memberikan kerjasama apabila pihak jurugambar ingin merakamkan gambarnya bersama jejaka berkenaan.
So kalau kira-kira teman lelaki yang kami tahu, takdelah banyak sangat pun. Kesksian tu tak bermakna Lana ni mudah jatuh cinta dengan lelaki. Diharap jodohnya dengan teman lelaki terkini kekallah ke jinjang perkahwinan.yelah, makin lama makin meningkat usia kan..
Terbaru dgn Johan Asaari. Mudah2an ini yang terakhir.
[Mstar] PETALING JAYA: Wanita yang dipaparkan dalam video dia mempertahankan diri daripada peragut sebenarnya merupakan seorang ahli sukan Muay Thai, Germaine Yeap.
Yeap, 28, mendedahkan aksi berkenaan dilakonkan semula bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dalam membanteras jenayah terutamanya dikalangan wanita.
Walaupun video berkenaan mendapat pujian daripada warga Internet yang memuji tindakan beraninya itu, Yeap berkata dalam situasi tertentu mangsa terpaksa juga menyerahkan barang berharga mereka kepada penjenayah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Semoga perompak itu akan berlaku pergi dan tidak mencederakan anda. Anda boleh mempertahankan diri jika anda tidak mempunyai pilihan lain," katanya dalam satu lagi rakaman video yang dikeluarkan pada Khamis.
Yeap berkata saksi yang melihat kejadian jenayah seperti itu boleh membantu dengan menghubungi pihak polis.
"Dalam video berkenaan, saya menyerang kembali kerana saya mempunyai kemahiran dengan latihan muay thai yang saya pernah jalani dan saya yakin dapat menewaskan dia. Apabila saya nampak perompak kedua menjerit dengan mengacukan pisau, saya melihat keadan sudah tidak selamat dan saya berlari pergi," katanya.
Dia turut menggesa wanita mempelajari kemahiran seni pertahanan diri.
Kedua-dua rakaman video berkenaan disiarkan oleh saluran IPTV tempatan, MaxMan.Tv sebagai sebahagian daripada insiatif mencegah jenayah.
Video pertama telah disiarkan pada 10 November lalu, memaparkan Yeap yang baru keluar daripada keretanya di anjung rumahnya sementara dua orang lelaki menaiki motosikal dilihat memerhatikannya dari luar pagar rumahnya.
Sebaik sahaja dia keluar daripada kereta, pembonceng motosikal itu turun daripada motorsikalnya dan berlari masuk ke kawasan rumah Yeap sebelum pintu pagar tertutup.
Lelaki berkenaan cuba meragut beg tangan mangsa, namun Yeap dengan berani merampas kembali beg tangannya daripada peragut berkenaan.
Tidak berjaya dengan cara itu, dia dengan beraninya menggunakan menyiku perut peragut dengan menggunakan lututnya dan menendang suspek hingga tersungkur ke lantai.
Namun dia terpaksa menyelamatkan dirinya apabila rakan suspek mengacukan pisau kepadanya.
Perompak berkenaan bagaimanapun melarikan diri apabila mendapati cubaan mereka merompak wanita berkenaan gagal.
Yeap yang berasal dari George Town, Pulau Pinang, mempelajari latihan muay thai sejak lima tahun lalu demi menjamin kesihatan tubuh badannya.
Dia mula masuk bertanding pada tahun ini dan telah meraih dua gelaran dalam pertandingan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Langkawi Z1 International Cup. -22/11/13
Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana pendapatan melalui Facebook. Namun terdapat masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Facebook. Ianya apabila keluarga mereka telah menginggal dunia dan tiada seorang pun dari keluarganya tahu kata laluan si mati.. Berikut adalah cara mendeleta akaun Facebook orang yang telah meninggal duni yang dikongsikan oleh blogger khairulzamri.com..
Cara deleteakaun facebook orang yang telah meninggal dunia – itulah pertanyaan salah seorang daripada pembaca blog ini semalam. Pada mulanya sekadar melihat saja dan terdiam seketika kerana tidak pernah terfikir dan pula hanya ada masa yang singkat sekarang tapi bila terfikir kelak jika diri ini tiada siapa akan tolong deletekan?
Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini satu ketentuan Illahi.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” – al-Anbiya’ 35
CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut positif kenapa ada entri sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah?
DELETE AKAUN FACEBOOK
Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).
Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block
Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*
Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues
Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?
Teruskan klik pada bahagian > request the removal
Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.
Gambar Mayat Puteri Diana Meninggal Kemalangan Tersebar (4 GAMBAR) | HARI ini di laman blog kakilepakz.blogspot.com dipaparkan gambar mayat mendiang bekas isteri Putera Charles, Puteri Diana yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997.
Gambar berkenaan turut disiarkan di laman web topnews.in sebuah laman portal berkaitan perundangan yang banyak membincangkan tentang kejadian kemalangan itu yang masih dibualkan sehingga hari ini.
Gambar itu menunjukkan mayat seorang wanita berambut perang dalam keeadaan ngeri di dalam beg mayat berwarna hitam. Disisinya terdapat beberapa orang anggota polis sedang memeriksa sesuatu dipercayai lokasi kemalangan itu.
Kemalangan itu berlaku di sebuah laluan bawah tanah di Pont de I’Alma di Paris, Perancis.
Turut maut dalam kemalangan itu Dodi Al-Fayed anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed yang juga teman lelakinya pada waktu itu, pengawal peribadi Kes Wingfield dan pemandu kereta Henri Paul.
Ketika itu Puteri Diana menaiki kereta jenis Mercedez Benz S280. Kemalangan berkenaan didalangi oleh konco-konco Putera Charles dek kerana hajat pasangan itu untuk bertunang seterusnya berkahwin.
Gambar mayat Diana itu adalah kemungkinan yang pertama kali disebarkan selepas tragedi kemalangan berkenaan.
Ekoran kemalangan Puteri Diana yang sepatutnya melawat Malaysia buat pertama kali pada tahun 1998 tidak sempat berbuat demikian.
Lawatan itu adalah undangan daripada ikon sosial dan kebajikan Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon yang banyak mengetuai banyak pertubuhan kebajikan di negeri bumi kenyalang itu.
Kami turut memaparkan beberapa gambar Puteri Diana bersama Dodi beberapa jam sebelum kemalangan itu.-mynewshub
Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu. Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.
Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam
Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.
Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki
Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.
Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki
Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.
Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.
Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.
Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.
Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu.
Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila.
Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ.
Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu.
Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak.
Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin. – Harian Metro Komen: Nampaknya tempat berhantu sudah menjadi tempat penuh manusia. Jika macam ini hantu pun boleh lari
VIDEO yang bakal anda saksikan ini merupakan rakaman tangkapan ke atas seorang penculik dua gadis yang berlaku di Kampung Perepat di Alor Setar, Kedah.
Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar ia berlaku, namun melalui blogazmyawangklanajaya.blogspot, ia sudah lama berlaku.
Dua beradik dikatakan telah ditarik masuk ke dalam sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan ke kedai yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.
Kehilangan selama beberapa jam itu disedari oleh bapa mereka, Mohd. Sofi yang kemudian mencari anak-anaknya dengan motosikal sebelum melihat kelibat mereka dan mengejar sejauh 15 kilometer.
Dengan bantuan orang kampung, penculik itu dapat diberkas sewaktu berhenti mengisi minyak di Tebengau.
Hasilnya, habis lebam-lebam badan lelaki itu akibat dibelasah orang kampung sebelum ditahan polis yang tiba tidak lama selepas itu.
Melalui video tersebut, kelihatan juga sebilah parang yang diletakkan di bonet kereta milik penculik.
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, “Anak nak ke mana?”. Si mamat menjawab ringkas, “KL”
Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh” dan dijawab oleh si mamat tadi “Ehm… bolehlah.” Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, “Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau ???” Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, “Anak nak kaya tak?” Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, “Dah buat dah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak menguji aku?”
Si mamat pun jawab, “Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak”
Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.
Kemudian orang tua tu tanya lagi, “Anak nak kaya tak?” Si mamat jawab serupa yang tadi, “Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana”.
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, “Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo’s untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak.” lalu orang tua tu turun dari kereta.
Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, “Terima kasihlah pakcik” lalu meneruskan perjalanan
Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.
Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.
Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan. Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia menjelaskan, “setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci”. Si isteri berfikir, “30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat”. Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu? “Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!”.
- See more at: http://fuh.my/koleksi-cerita-lawak/#sthash.VUBKEjws.dpuf
Usia baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di Facebook.
Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.
Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.
Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.
Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.
Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.
“Saya memang menjadikan facebook sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.
“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui facebook membuatkan dia terus hanyut.
“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.
“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.
Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.
“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.
“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.
Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.
“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim...
Sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilihat secara terbuka mengkritik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Keterbukaan atau kelantangan Khairy dalam mengkritik menyebabkan ada golongan vetaran yang terasa dengan sikapnya. Datuk Jamal Nasir, bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM mendakwa beliau terguris apabila ada pihak, apa lagi seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu.
Sebagai kenyataan balas, kata Khairy secara sinis ketika sidang media selepas melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam:-
Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.
Kenyataan Khairy itu bagaimanapun mendapat perhatian dari penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dalam satu tweet beberapa jam tadi, Siti telah menulis:- Tweet Siti telah mendapat maklumbalas ramai pengguna Twitter. Ada yang menyokong, malah ada yang membantah Siti membuat kenyataan berunsur politik, namun Siti mendakwa tweetnya bukan berkait politik, tetapi hanyalah teguran kepada orang lain untuk menghormati seseorang yang lebih tua. Sememangnya tidak disangka Siti menegur kelakuan seorang menteri, tetapi jika ia benar, tidak ada salahnya bukan?
KUALA LUMPUR: Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.
"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia, Isnin.
Khalid juga berkata polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.
Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi Ahad di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.
Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.
"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.
Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yangdibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.
"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalanpalsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidakboleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.
Sehingga malam Isnin, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.
Dari blog mazidul
JOEMAR OMAR? OSMAN SALLEH? WARGANEGARA INDONESIA PEMILIK MYKAD PASLU? DAN BEKERJA SEBAGAI ...
Nama tercatat di kad tanda nama, Osman BIN Salleh dan dipercayai bertugas sebagai pengawal keselamatan.
Nombor MyKad 840713-12-5207.
Angka 12 di tengah menunjukkan dia, kononnya berasal dari Sabah.
Melalui pemeriksaan maklumat, saya dimaklumkan oleh sumber berkredibiliti, nombor MyKad terbabit TIDAK wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
Jika diteliti informasi dicatatkan di facebooknya, dia memiliki dua akaun bank. Untuk membuka akaun di institusi perbankan, setiap pelanggan warganegara Malaysia perlu menyerahkan MyKad kepada kakitangan bank untuk urusan pembukaan akaun.
Begitulah peraturannya.
Dokumen apakah digunakannya sewaktu membuka akaun bank? Tentunya MyKad. Apakah status dokumen itu?
Namun peliknya, lelaki terbabit, warganegara INDONESIA, mendakwa berasal dari Den Pasar, Bali.
Mengikut undang-undang di Malaysia, warganegara Indonesia TIDAK dibenarkan menjadi pengawal keselamatan. Apatah lagi diberikan akses kepada senjata api.
Klik di sini untuk melawati akaun facebook Joemar Omar. Itu nama digunakannya. Jadi, siapakah Omar BIN Salleh? Warganegara Indonesia tidak menggunakan perkataan BIN.
Status laman sosialnya tidak dikemaskini sejak 23 Oktober, tarikh pegawai operasi Ambank ditembak mati di Subang Jaya, Selangor.
Barangkali satu kebetulan.
Bahasa digunakannya tatkala berkomunikasi di facebook juga sama dengan bahasa perhubungan pembunuh berasal dari Sulawesi, kini masih diburu oleh polis.
Klik di sini dan di sini untuk melawati facebook pembunuh di atas (polis mengesahkan akaun terbabit miliknya)
Saya telah menghubungi Jabatan Korporat Komunikasi Sapura dan memaklumkan kakitangan bertugas mengenai kes ini. Difahamkan, pengawal keselamatan bertugas di premis syarikat terbabit berada di bawah kendalian pemilik bangunan.