Tuesday, 30 December 2014

Serpihan pesawat QZ8051 ditemui


Media Indonesia: K'jaan sahkan serpihan ditemui 

HARI KETIGA 5.38pm: Kapal perang Indonesia Bung Tomo yang berjaya mendapat mayat pertama hari ini, sudah mengumpul sehingga 40 mayat setakat ini

Seorang jurucakap tentera laut berkata lebih banyak mayat sedang diperolehi dari laut, lapor Channel News Asia.

Sementara itu, detik.com berkata sebahagian mayat yang ditemui berada dalam keadaan tangan mereka berpegangan di antara satu sama lain.

4.51pm: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes mengumumkan yang beliau bergegas ke Surabaya, Indonesia selepas sumber rasmi mengumumkan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 ditemui.

"Hati saya dilanda kesedihan buat semua keluarga yang terlibat dalam QZ8501.

"Bagi pihak AirAsia, takziah buat semua. Perkataan tidak dapat menggambarkan rasa bersalah saya," katanya menerusi akaun Twitter.

Mayat pertama nahas QZ8501 ditemui

4.33pm: Pihak Tentera Laut Indonesian berjaya memperolehi mayat pertama dari kawasan serpihan pesawat AirAsia QZ8501.

Kapal Indonesia KRI Bung Tomo pula berjaya memperolehi tiga daripada enam mayat di kawasan itu, lapor detik.com.

"Lebih daripada satu mayat telah ditemui..proses mencari sedang berlangsung," ketua agensi mencari dan menyelamat, Bambang Soelistyo dipetik sebagai berkata.

4.10pm: Seorang pembantu juruterbang Tentera Udara Indonesia beliau dia ternampak mayat-mayat terapung selepas Jakarta mengumumkan ia telah menemui serpihan pesawat AirAsia QZ8501, laporan Kompas.

"Kami sangka penumpang masih hidup dan melambai pada kami untuk bantuan. Tetapi apabila kita mendekatinya, mereka sudah meninggal," kata Tri Wibowo yang menaiki pesawat Hercules C130.

Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat, Bambang Soelistyo berkata agak pasti serpihan itu dari pesawat yang hilang, lapor Reuters.

Katanya, beliau 95 peratus yakin bahawa serpihan itu disyaki dari pesawat berkenaan.

3.29pm: Beberapa laporan media Indonesia mengatakan bahawa Jakarta telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemui.

Pemangku ketua pengarah pengangkutan udara, Kementerian Pengangkutan Indonesia, Djoko Murjatmodjo berkata proses memperolehinya kini akan dimulakan di kawasan di mana serpihan yang telah dijumpai.

"Telah disahkan bahawa ia adalah serpihan dari sebuah pesawat yang mempunyai warna merah dan putih," katanya, menurut Jakarta Post.

3.14pm: Pasukan Mencari dan Menyelamat menemui lebih banyak objek dalam zon carian.

Menurut Reuters, tentera udara Indonesia ternampak apa yang kelihatan sebagai jaket, bagasi, serpihan dan ap yang dipercayai mayat, di Laut Jawa, di luar pantai barat Kalimantan.

Bagaimanapun, CNN melaporkan bahawa pegawai bimbang dengan arus yang boleh menyebabkan objek-objek itu tersebar sebelum kapal tiba untuk pengesahan secara dekat.

2.43pm: Serpihan merah dan putih yang dilihat dekat Kalimantan di laut Jawa "mungkin" dari pesawat AirAsia QZ8501, lapor Reuters yang memetik seorang pegawai Indonesia sebagai berkata.

"Kami sedang memeriksa sama ada ia serpihan dari pesawat itu. Ia mungkin dari badan pesawat," kata Djoko Murjatmodjo, yang bertindak ketua pengarah pengangkutan udara Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Menurutnya, berdasarkan saiz dan warna serpihan itu, ia mungkin sebahagian daripada jet yang hilang.

Objek 'seperti sosok manusia' dilihat

2.37pm: Pasukan SAR melaporkan satu objek "yang kelihatan seperti susuk manusia" dilihat di selat Karimata berhampiran Kalimantan Barat.

Objek dilihat dari pesawat A319 Hercules, laporan detik.com.

2.00pm: Salah seorang komander operasi SAR, Dwi Putranto, berkata terdapat 10 objek besar dan objek-objek kecil yang lain.

"Dikatakan terdapat satu objek kuning panjang, yang kelihatan seperti sebuah tangki. Terdapat objek jelas berkilat putih. Jika ia telah lama di air, warna akan pudar, tetapi ini (objek) sangat jelas," kata Dwi, yang dipetik oleh detik.com.

1.45pm: Agensi berita AFP dalam berita ringkas melaporkan objek yang menyerupai gelongsor kecemasan kapal terbang dan pintu pesawat kelihatan.

1.30pm: Satu serpihan selebar kira-kira dua meter dengan sebahagiannya berwarna merah dan kuning, serta merah dan hitam dikesan di perairan Belinyu, Bangka berhampiran kawasan pencarian.

Helikopter kini sedang menuju ke lokasi serpihan itu dilihat, lapor detik.com dan kompas.com.

12.49pm: Operasi mencari dan menyelamat menerima laporan tentang kebakaran di sebuah pulau yang terletak dalam kawasan pencarian pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut CNN dan CBS, dua pesawat sudah dihantar untuk menyiasat jika api tersebut mempunyai hubungkait dengan pesawat yang hilang.

11.30am: AirAsia belum sempat mengubah suai pesawat yang hilang pada hari Ahad lalu walaupun ia sedang menaiktaraf rangkaian pesawat jarak dekatnya untuk menjadikan ia lebih mudah dikesan, lapor The Wall Street Journal.

Laporan sama turut menyatakan yang syarikat penerbangan murah itu adalah antara yang terawal menggunakan teknologi pengesan tersebut.

9.54am: Kapal pemusnah AS, The USS Sampson, dijangka tiba hari ini untuk membantu gerakan mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dari Yokosuka, Jepun, Pusat Pemerintah AS telah mengarahkan Sampson ke "kawasan carian umum" ekoran permintaan dari kerajaan Indonesia.

"Angkatan Laut Amerika Syarikat sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Indonesia untuk menyediakan kemampuan tambahan carian di permukaan atau udara untuk membantu usaha pencarian mereka," kata tentera AS.

Isnin lalu, kerajaan Indonesia menghantar nota diplomatik kepada kedutaan AS di Jakarta untuk meminta bantuan, kata Jabatan Negara Amerika Syarikat.

The Sampson adalah sebahagian daripada Armada Ketujuh AS, di bawah Pusat Pemerintah Pasifik AS, dan merupakan sebahagian daripada kerahan bebas ke Pasifik Barat.

9.15am: Operasi carian dan menyelamat (SAR) kini telah diperincikan kepada 13 zon. Pihak berkuasa Indonesia berkata semua kawasan sedang dipantau, termasuk di daratan, lapor detik.com.

9am: Datuk Abdul Aziz Jaafar berkata kapal Tentera Laut KD Lekir telah memasuki zon carian.

7.45am: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Datuk Abdul Aziz Jaafar, dalam tweet, berkata kawasan carian telah diperluas dan disemak semula.


Jasad Mengapung dan Koper Terlihat di Sekitar Selat Karimata

PANGKALAN BUN, KOMPAS.com — Kopilot Pesawat Hercules C130 dari Lanud Halim Perdanakusuma, Letnan Satu Penerbang Tri Wibowo, menyebutkan bahawa objek-objek yang terlihat mengapung di Selat Karimata, tepatnya di perairan sekitar Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat, menyerupai manusia, bag tangan, pelampung, dan serpihan pesawat.

Khusus untuk objek yang menyerupai manusia, Tri mengaku pada awalnya sempat mengira bahwa objek tersebut adalah manusia yang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia melihat objek tersebut seperti jasad manusia yang sudah membengkak. 

"Tadi pas saya lihat awalnya kayak orang dadah-dadah, mungkin dia melihat pesawat, kan. Akan tetapi, pas kami dekati, kayaknya sudah bengkak. Kelihatan melambai-lambai kerana kena ombak," kata Tri di Bandara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Selasa (30/12/2014) siang.

Berdasarkan lokasi yang ditunjukkan oleh Tri di peta, kawasan penampakan objek-objek tersebut berada di sekitar Teluk Air Hitam.

Penemuan objek yang diduga benda-benda milik pesawat AirAsia QZ8510 terjadi sekitar pukul 11.00, setelah selama lebih kurang lima jam pesawat melakukan penyisiran daratan, pantai, dan lautan di wilayah bagian selatan Kalimantan.
 -kompas.com



Serpihan-serpihan Warna Merah, Kuning, dan Perak Terlihat Dekat Pangkalan Bun

PANGKALAN BUN — Serpihan-serpihan berukuran cukup besar terekam di perairan dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, saat tim pencarian menyisir sekitar lokasi hilangnya pesawat AirAsia QZ8501.

"Posisinya kalau dari Pangkalan Bun arah 230 derajat dengan jarak 105 nautical mile atau 190 kilometer," kata Marsda Agus Dwi Putranto, Pangkoopsau 1, dalam konferensi pers di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, yang disiarkan langsung Kompas TV, Selasa (30/12/2014).

Sejumlah foto yang ditampilkan menunjukkan setidaknya beberapa serpihan. Masing-masing berbentuk persegi panjang warna coklat, batang memanjang berwarna perak, segitiga warna kekuningan, serta serpihan-serpihan berwarna hitam dan merah.

Benda-benda tersebut dirakam kketika kunpulan pencarian melakukan penyisiran pada Selasa pagi tadi.

"Posisi dengan titik lost contact jaraknya hanya sekitar 10 kilometer," lanjut Agus. Namun, ia belum bisa memastikan bahwa serpihan-serpihan tersebut adalah bagian dari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dalam penerbangan Surabaya-Singapura, Minggu (28/12/2014).

Tim pencarian yang dikoordinasikan Basarnas akan segera mengirim helikopter ke lokasi jika cuaca memungkinkan.
 -kompas.com



Serpihan dan Jasad Penumpang Ditemukan, JK Ucapkan Terima Kasih Pada Pihak Yang Terlibat

Jakarta - Serpihan pesawat AirAsia QZ8501 dan jasad penumpang ditemukan di Laut Jawa selatan Kalimantan, dekat perairan Selat Karimata. Wakil Presiden Jusuf Kalla (JK) mengucapkan terima kasih kepada seluruh petugas lapangan yang bekerja melakukan pencarian.

"Ya tentu kita merasa berterima kasih pada Basarnas dan seluruh aparat yang telah bekerja keras dan menemukan benda-benda dan juga jenazah," kata JK di Kantor Wapres, Jalan Medan Merdeka Utara, Jakarta Pusat, Selasa (30/12/2014) petang.

"Ini membuktikan bahwa kerja keras dan kemampuan kita apabila bekerja betul secara bersama dapat dicapai," ujar dia.

Basarnas dan tim gabungan dari TNI mendeteksi sejumlah serpihan dan beberapa jasad penumpang pesawat AirAsia QZ8501. 3 Dari 6 jasad telah dievakuasi dengan KRI Bung Tomo dan helikopter Super Puma TNI AU.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo berencana terbang ke Pangkalan Bun pukul 15.30 WIB dengan menggunakan pesawat Hercules dari Lanud Halim Perdanakusuma, Jakarta, Selasa (30/12/2014). Pesawat yang ditumpangi Jokowi bernomor A1341.

Jokowi didampingi sejumlah pejabat terkait saat ini sedang dalam perjalanan dari Istana Negara menuju Lanud Halim Perdanakusuma. 
-detik.com














Wednesday, 10 December 2014

Pelajar Sekolah Hantar Mesej BERBAUR 'LU-CAH' Kepada Guru Wanita


 
“Rindu te-tek cikgu”. Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini.

Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut.

Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki.



Menurut Reza Shamsudin, “Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini. Sememangnya cikgu dia ‘menjamu’ bentuk badannya yang menggiurkan bagi pelajar-pelajarnya,” katanya.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam.

Apa pandangan anda?

Biodata Juruterbang Comel Air Asia Terbongkar

Cukup viral sekali gambar seorang juruterbang Air Asia di media sosial hari ini.
Pernah lihat perempuan jawat jawatan juruterbang? Jarang sekali. Pemikiran kita sinonim dengan perempuan jika memakai uniform syarikat penerbangan, pastinya dia seorang pramugari.
Tetapi tidak bagi seorang gadis muda yang cantik ini menjawat jawatan penting dalam kerjayanya sebagai seorang juruterbang.
Ini sebabnya, gambar juruterbang Air Asia ini menjadi cukup popular pada 9 Disember 2014.
Nama juruterbang comel Air Asia ini adalah Noor Hafizah Mohd Idrus, berusia 30 tahun (2014). Mula berkhidmat di Air Asia pada tahun 2006. Kin Noor Hafizah sudah bergelar kapten setelah 8 tahun berkhidmat di Air Asia.
Anak gadis kebanggaan pasangan Mohd Idrus Abdul Hamid (Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah) dan Rohaya Kassim (jurutera Telekom Malaysia) kini adalah salah seorang daripada 17 juruterbang wanita di syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia.
Sejak kecil, Noor Hafizah sudah memasang impian untuk membawa pesawat di awan biru dan bersyukur kepada Allah s.w.t yang mengabulkan doanya selama ini.
Kini berkhidmat untuk Air Asia X sejak Oktober 2010. Beliau merupakan bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah.
Ketika hendak menghantar borang permohonan itu pula, keluarga membantah kerana bimbang apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran tetapi selepas dia mendapat tawaran, mereka berubah dan kini menjadi pendorong utamanya.
“Keluarga dengan rela hati menghantar saya untuk mengikuti kursus latihan di Akademi Penerbangan Malaysia, Batu Berendam, Melaka selama setahun setengah. “Saya masih ingat pesan ibu dan ayah sebelum mereka berangkat pulang iaitu supaya tekun belajar serta jangan hampakan mereka.
1
“Alhamdulillah, biarpun hanya dua wanita saja dalam pengambilan berkenaan, saya lulus dengan baik. Sebaik saja tamat latihan, saya terus menyertai AirAsia sehingga kini,” katanya. Alah bisa tegal biasa, menurut Noor Hafizah, dia sebenarnya memang gayat jika berada di tempat tinggi tetapi entah kenapa, apabila menerbangkan pesawat, perasaan itu hilang dengan sendiri.
“Penerbangan pertama saya bersama syarikat ini ialah pada pertengahan 2006 ke Kuching, Sarawak iaitu selama satu jam 45 minit. “Ketika itu perasaan seronok dan gementar bercampur baur kerana gembira impian sejak kecil menjadi kenyataan. Syukur, berkat persediaan yang sebaiknya, penerbangan itu berjalan lancar dan saya mampu melepasinya dengan baik,” katanya.
2
Menurut Noor Hafizah lagi, setakat ini, dia tidak pernah berdepan dengan sebarang pengalaman buruk ketika bertugas. Jika cuaca tidak mengizinkan untuk mendarat di sesuatu lapangan, dia akan berbincang dengan kapten juruterbang dan menara kawalan untuk menentukan destinasi berikutnya.
Sebelum berlepas, juruterbang dan pembantu juruterbang perlu terlebih dulu mengira berat keseluruhan pesawat (termasuk penumpang dan bagasi) untuk memastikan tahap kelajuan yang sesuai.
“Untuk menjadi juruterbang, apa yang penting ialah ketajaman penglihatan serta penguasaan dalam bidang fizik, matematik dan bahasa Inggeris. “Namun, bukan mudah menjadi juruterbang yang bagus kerana ia memerlukan kombinasi latihan berterusan serta pengalaman.
3
Tempoh tiga tahun sebenarnya masih dianggap baru dan saya kini masih dalam proses menimba sebanyak mana pengalaman daripada kapten juruterbang yang lebih senior. “Untuk itu, saya menjadikan kapten juruterbang wanita pertama AirAsia, Norashikin Che Onn, sebagai idola dan berharap dapat berjaya sepertinya suatu hari nanti,” katanya yang turut mengagumi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandez.
Sesuai dengan umurnya yang masih bergelar remaja, Noor Hafizah berkata dia gemar menghabiskan masa lapang dengan membeli-belah bersama rakan dan keluarga. Dia mengakui membeli-belah adalah terapi terbaik untuk menghilangkan tekanan dan barangan yang sering menjadi pilihan ialah kasut serta beg tangan.
4er
Dia tidak mengutamakan jenama kerana apa yang penting baginya adalah kualiti dan tidak salah sesekali membeli sesuatu untuk dihadiahkan kepada diri sendiri selepas penat bekerja. Jika mempunyai cuti panjang, Noor Hafizah biasanya akan meluangkan masa melancong sama ada di dalam atau luar negeri bersama keluarga atau rakan rapat.
“Jadual kerja sebagai juruterbang memang tidak menentu tetapi kami hanya dibenarkan bekerja 100 jam saja dalam tempoh 28 hari. “Jika terbabit dalam penerbangan di awal pagi, saya biasanya selesai kerja dan pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 petang. Untuk sesuatu penerbangan, kami biasanya perlu melaporkan kehadiran sekurang-kurangnya 45 minit sebelum waktu berlepas.
6
“Waktu terluang yang ada itulah saya gunakan untuk mengemas rumah atau melakukan persediaan penerbangan seterusnya,” katanya yang mengakui perlu bersiap tiga jam awal sebelum sesuatu penerbangan. Pesan Noor Hafizah, bagi remaja yang mempunyai cita-cita untuk bergelar juruterbang sepertinya, teruskan impian dan berusaha gigih.
“Setiap kerjaya mempunyai cabarannya sendiri dan tidak terkecuali jika menjadi juruterbang namun apa yang penting, seseorang perlu mempunyai minat mendalam dan buangkan sikap takut untuk mencuba. “Jangan sesekali putus asa dalam berusaha mencari yang terbaik untuk hidup kerana masa depan terletak di tangan sendiri,” katanya menutup perbualan.
8
Profil Nama: Noor Hafizah Mohd Idrus Ibu: Rohaya Kassim Bapa: Mohd Idrus Abdul Hamid Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik Pendidikan: Kolej Tunku Kurshiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Penerbangan Malaysia


10

Sunday, 7 December 2014

Awek kantoi gambar bogel


Seorang lelaki nekad menyebar gambar bogel bekan teman wanitanya sebagai tanda membalas dendam selepas gadis berumur 25 tahun bertindak memutuskan hubungan mereka dua bulan lalu.

Lelaki tersebut telah menyebar gambar gambar mangsa ,Nor Fathiah Idris di laman facebook yang dilihat oleh ramai pengguna laman sosial tersebut. Beliau telah menyedari perkara ini selepas ada rakannya memberitahu hal tersebut.

Apa yang lebih memburukkan keadaan gambar bogelnya turut dikongsi dan disebarkan menggunakan aplikasi Wechat dengan menggunakan akaun Wechat milik mangsa sendiri.

Menurut Fathiah dia dan keluarga kini terpaksa menanggung malu yang amat besar dan tidak tahu dimana hendak menyorok muka.

Untuk makluman pembaca Nor Fathiah Idris sebelum ini pernah dilaporkan media tentang kehilangannya.

Beliau telah membuat laporan polis tetapi apa yang mengejutkan tiada tindakan boleh diambil kerana bekas teman lelakinya itu adalah dari keluarga yang berpengaruh menyebabkan dia seolah-olah 'kebal'.


Menurutnya ibu mangsa,Fatimah Ismail, 50, pihak polis mengakui perkara ini sendiri  kerana mereka tidak dapat mengambil tindakan kerana status kelaurga lelaki terebut memang berpengaruh di Negeri Johor.

Beliau seolah-olah tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.


“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,”katanya dipetik dari Therakyatpost.

Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat.-Siakapkeli.com.my

Wednesday, 3 December 2014

Kisah Raja dari Afrika yang Menetap di German dan Mentadbir Rakyatnya Melalui Skype..


Togbe Ngoryifia Kefas Kosi Bansah, aka King Bansah daripada Hohoe, adalah seorang Raja Afrika yang lebih suka menetap di Jerman dan memerintah rakyatnya melalui Skype! Raja berusia 66 tahun ini berpindah ke Jerman beberapa tahun yang lalu sebagai pelajar pertukaran asing - dia jatuh cinta dengan negara ini dan memutuskan untuk tinggal terus di Jerman.

Menariknya, Raja Bansah dinamakan sebagai pengganti untuk mahkota pada tahun 1987, apabila datuknya - raja yang memerintah - meninggal dunia. Beliau dipilih dan bukan ayah dan abangnya, hanya kerana mereka tangan kidal. Sifat ini nampaknya dianggap tidak bersih dan menunjukkan kecurangan dalam Hohoe.

Upacara pertabalan telah berlaku pada tahun 1992, tetapi Raja Bansah memutuskan dia sebagai raja yang tidak memerlukan bergerak kembali ke Afrika. Dia masih tinggal di Ludwigshafen, berhampiran Frankfurt, dengan isteri Jermannya Gabriele, di mana beliau menjalankan garaj membaiki kereta dan mentadbir 200,000 orang Hohoe di tenggara Ghana, melalui Skype dan panggilan telefon. Menurut laporan berita, dia juga kekal berjaga sehingga lewat malam untuk membuat keputusan mengenai pertikaian kaum dan memastikan untuk melawat kerajaannya sekurang-kurangnya enam kali setahun.

Walaupun dia tinggal di Jerman, dia tidak membenarkan jarak menjejaskan tugasnya sebagai raja. Beliau telah berkempen secara meluas bagi pihak negaranya dan membantu mendapatkan bantuan perubatan. Beliau juga menghantar peralatan membersih air ke rumah agak kerap.





Raja Bansah baru-baru ini muncul di berita berkenaan rumahnya dipeah masuk. Kejadian disedari selepas dia pulang pada malam hari dan mendapati bahawa pencuri telah menggeledah rumahnya dan mencuri empat mahkota emasnya. Beberapa helai pakaian diraja, termasuk rantai emas dari datuk nenek beliau, turut hilang. "Pencuri datang ke balkoni di tingkat pertama, pintu tidak berkunci dan memecahkan kabinet serta menggeledah segala-galanya," Raja itu memberitahu Times UK. Barang-barang yang dicuri katanya berusia ratusan tahun dan bernilai kira-kira 20,000 euro ($ 25,000).