Majlis perkahwinan Arpita Khan dan suami, Aayush Sharma berlangsung secara gilang-gemilang selama dua hari di Hyderabad dengan dihadiri orang kenamaan dan barisan selebriti terkenal India.
Salman Khan dilihat individu cukup semangat dan sangat gembira selepas adik kesayangannya itu kini sah bergelar seorang isteri.
Namun disebalik kemeriahan majlis tersebut, Salman Khan dengan tiba-tiba membuat seluruh jemputan yang hadir tergamam buat seketika. Mana tidaknya, di saat para jemputan sedang sibuk berborak dan menikmati makanan, dengan tidak semena-mena aktor berusia 48 tahun itu menjemput bekas kekasihnya Katrina Kaif untuk naik ke atas pentas dengan ayat yang agak lucu dan sedikit keterlaluan.
Katrina yang pada waktu itu sedang berbual terus bersembunyi di belakang pengacara tv terkenal, Karan Johar kerana malu dengan tindakan Salman.
“Katrina Kaif, sila naik ke atas pentas. Katrina di mana anda? Sila naik ke atas pentas sekarang! Baiklah, bukan Katrina Kaif, Katrina Kapoor sila ke atas pentas sekarang juga. Saya beri anda pilihan untuk jadi Katrina Khan namun awak pilih untuk jadi Katrina Kapoor. Tidak mengapa,” jerit Salman tanpa segan silu.
Setelah beberapa kali namanya disebut, Katrina akhirnya mengalah dan terus menuju ke atas pentas dengan muka yang tersipu-sipu malu.
Tindakan Salman dilihat agak keterlaluan dan para jemputan sedikit terpinga-pinga. Ramai yang merasakan Salman masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya itu walaupun kini Katrina sedang berbahagia dengan kekasih barunya, Ranbir Kapoor .
No comments:
Post a Comment