- Orang ramai melihat keadaan pemandu yang dipercayai terkena sawan menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan masuk ke dalam longkang.
Dia yang enggan dikenali berkata, sebelum itu dia melihat kereta tersebut nyaris merempuh dua wanita yang menunggu bas di hentian berdekatan kawasan perumahan itu.
Kedua-dua wanita yang kebetulan berada di bahu jalan bagaimanapun sempat mengelak dan terus melarikan diri kerana menyangka pemandu mahu melanggar mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, pemandu kereta jenis BMW terbabit dipercayai terkena serangan sawan sebelum hilang kawalan sebelum kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang berdekatan Jalan USJ11/4P.
Kereta dipandu mangsa berusia 38 tahun yang dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke rumahnya di USJ 12 itu, juga dilihat terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.
Pengawal keselamatan itu berkata, orang ramai kemudian mengambil keputusan memecahkan tingkap belakang kereta dan membawa keluar pemandu yang tidak sedarkan diri.
Selepas keadaan mulai tenang, pemandu itu mula membuka mata dan bertanya apa yang berlaku.
“Mula-mula saya nampak kereta itu dipandu perlahan seperti mahu berhenti tapi ia terus bergerak dan rempuh tiang penanda jalan. Kemudian terperosok masuk ke dalam longkang,” katanya.
Sepasukan anggota polis turut ke lokasi kejadian untuk bantuan awal.
No comments:
Post a Comment