Saturday, 9 November 2013

Saman Isteri kerana lahirkan anak HODOH



BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.

Friday, 8 November 2013

5 Gambar keadaan jasad ditemui sempurna, kubur berbau wangi



SEGAMAT – Sekumpulan ahli keluarga yang membantu kerja-kerja menggali semula Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini semalam terkejut apabila mereka menemui 12 jenazah termasuk seorang guru Al-Quran yang masih lagi sempurna.

Lebih mengejutkan, kesemua jenazah itu yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan pembinaaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak-Muar sejauh 63 kilometer sudah pun dikebumikan antara lapan hingga 11 tahun lalu.

Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Jamaluddin Sapuan berkata, kesemua jenazah itu ditemui dalam keadaan sempurna, tidak ubah seperti hari pertama ia dikebumikan di tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun itu.

Beliau yang terlibat menyelia penggalian dan pemindahan 150 jasad di tanah perkuburan tersebut bagaimanapun berkata, kejadian tersebut bukanlah sesuatu yang pelik.

“Ia membuktikan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang terpilih. Banyak perkara tersirat daripada kejadian ini.




“Majoriti jenazah dalam keadaan baik, masih ada daging yang tidak reput,” katanya semalam.

Beliau yang sudah 22 tahun menggali kubur berkata, selepas dikeluarkan, kesemua jenazah itu dikafankan semula dengan kain yang baharu dan bersih.

Katanya, ia kemudian dimasukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan baharu di Kampung Alai, kira-kira dua kilometer dari tapak lama.


Jamaluddin berkata, bau wangi turut dihidu di sekitar kawasan perkuburan yang menempatkan 350 buah kubur sejak hari pertama kerja tersebut dijalankan.

Beliau pernah menemui jasad yang langsung tidak terusik meskipun ia sudah 30 tahun dikebumikan sejak 30 tahun lalu.

“Kes yang terbaharu ini boleh menjadi iktibar dan pedoman kepada kita yang masih hidup,” jelasnya.




Video proses mengalihkan mayat daripada kubur




------------

  • Keadaan tanah perkuburan Islam Batu Badak awal pagi, semalam.
< 1 / 2 >

SEGAMAT – Isu mengenai jasad ditemui berada dalam keadaan elok semasa kerja-kerja penggalian dan pemindahan kubur yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak tidak seharusnya dipolemikkan.

Malah ia tidak seharusnya menjadi alat politik kepada masyarakat di luar sana.

Kontraktor dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor (Maij) untuk menjalankan kerja pemindahan kubur berkenaan, Jamaluddin Sapuan, berkata, mereka yang tidak tahu perkara sebenar di tanah perkuburan Islam Batu Badak, di sini, tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan.

“Saya tahu isu kubur ini sudah tersebar luas di luar sana terutamanya di Facebook. Apa yang mendukacitakan, apabila mereka bercakap seolah-olah mereka ini lebih arif tentang pekerjaan ini.

“Tanpa disedari, komen-komen mereka ini telah menggores hati waris-waris jenazah yang dikebumikan di sini. Saya sudah 22 tahun terlibat dalam kerja sebegini tambahan pula pekerjaan saya sebagai Penyelia Tanah Perkuburan Islam Daerah Kota Tinggi membuatkan saya dekat dan arif tentang situasi yang berlaku di sini dan disebabkan itu Maij telah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan kerja ini,” katanya, di sini, semalam.

Jamaluddin berkata, isu itu harus dihentikan serta-merta kerana dibimbangi akan menjejaskan kerja-kerja pemindahan memandangkan terdapat 350 buah kubur yang harus dipindahkan melibatkan tiga buah kawasan perkuburan Islam.

Katanya, beliau telah mendapat kebenaran daripada Mufti Johor untuk memindahkan kubur tersebut, namun mengakui memang terdapat beberapa jasad yang mana kain kapannya masih dalam keadaan elok di tanah perkuburan berkenaan.

“Sejak hari pertama penggalian sehingga kelmarin, terdapat 12 jasad yang dikeluarkan dan keadaan kain kapannya masih berada di dalam keadaan baik cuma sedikit kotor dan lusuh.
Selepas dikeluarkan, kami terus menyarungkan dengan kain kapan yang baharu sebelum dimasukkan ke dalam keranda untuk ditanam di tanah perkuburan yang baharu di Kampung Alai.

“Lagipun jasad yang kain kapannya masih elok ini baru berusia di antara tujuh dan 11 tahun dan boleh dikategorikan sebagai baharu lagi. Apa yang dikatakan jasad yang sempurna apabila jasadnya tetap sama tidak berubah seperti hari pertama dikebumikan. Tetapi di sini, cuma keadaan kain kapannya sahaja yang elok dan sedikit bahagian anggota badan yang tidak terusik,” katanya.

Jamaluddin juga tidak menafikan bahawa pernah berhadapan dengan keadaan jasad yang langsung tidak terusik meskipun sudah 30 tahun dikebumikan.

“Bagi saya keadaan seperti ini yang boleh diangkat menjadi iktibar dan pedoman kepada mereka yang hidup,” katanya.

Misteri bau harum?

Pada hari pertama kerja-kerja memindahkan kubur dilakukan, terdapat bau harum dan wangi di sekitar kawasan kubur berkenaan yang dirasai semua pihak.

Jamaluddin berkata, perkara itu biasa bagi dirinya dan menganggap bau berkenaan sebagai salah satu tanda kebesaran ALLAH SWT untuk ditunjukkan kepada umat akhir zaman.

“Kalau betul wangian tersebut datang daripada kawasan kubur ini, kita amat beruntung kerana dapat menghidu wangian syurga.

Tetapi ketika itu terlalu ramai pengunjung dan waris yang hadir. Saya bimbang wangian tersebut datang daripada minyak wangi mereka.

“Walau apa pun, saya harap semua dapat ambil iktibar dan pedoman daripada isu ini kerana bukan semua di antara kita yang beruntung berhadapan dengan situasi seperti ini,” katanya.

Sementara itu, salah seorang waris kepada dua jasad yang tidak terusik, Rahmah Mohd Zain, 77, berkata, ia merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan situasi seperti ini dan bersyukur dapat melihat kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT di depan mata.

“Dahulu saya tinggal berhampiran kubur ini selama 32 tahun. Di sini, terdapat empat buah kubur waris saya iaitu kubur atuk, emak, kakak ipar dan adik lelaki saya. Tetapi kubur kakak ipar (Senyum Salleh) dan adik lelaki saya (Harun Mohd Zain) sahaja yang masih elok kain kapannya.

“Adik saya meninggal dua tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Chaah ketika berumur 68 tahun. Saya sempat menyentuh kain kapannya dan terasa ada lagi dagingnya,” katanya.

Rahmah yang merupakan guru agama turut menafikan bahawa gambar dua jasad yang tersiar di media sosial didakwa sebagai suami isteri adalah tidak benar, sebaliknya tiada sebarang perhubungan.

“Salah satu jasad yang masih elok itu ialah Ahmad Raof dan seorang lagi dikenali sebagai Mehran. Sewaktu hayatnya, Ahmad Raof ini memang merupakan seorang yang alim dan sering ke surau lama yang terletak bersebelahan kubur ini.

“Arwah Mehran pula merupakan seorang yang tidak pernah meninggalkan solat dan sering mengajar mengaji tanpa mengharapkan sebarang upah. Mungkin itu adalah sebab mengapa jasadnya tetap terpelihara,” katanya.

Rahmah juga berharap supaya gambar jenazah ini tidak disebarkan sesuka hati tanpa kebenaran keluarga waris sebagai menghormati permintaan mereka.

Pada masa sama, kawasan perkuburan Islam Batu Badak didatangi oleh ramai pengunjung yang mahu menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan.

Wednesday, 6 November 2013

Starbuck HARAM?

Assalamualaikum. 
Starbucks Corporation adalah rangkaian kedai kopi dan kopi antarabangsa berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Starbucks adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia, dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara, termasuk sekitar 11,000 di Amerika Syarikat, dikuti hampir 1,000 di Kanada dan lebih daripada 800 di Jepun. 

Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan, dan barangan seperti koleh dan biji kopi. Melalui bahagian Starbucks Entertainment dan jenama Hear Music, syarikat turut memasarkan buku-buku, muzik, dan filem. Kebanyakan daripada produk syarikat adalah bermusim atau khusus untuk lokasi sesebuah kedai. Aiskrim jenama-Starbucks dan kopi adalah juga dijual di kedai-kedai runcit.
 Jadi persoalannya adakah air kopi dari Starbucks ini halal atau haram? Sebentar tadi ada satu post yang telah dikongsikan oleh salah seorang rakan facebook yang menyatakan air kopi ini adalah haram kerana mengandungi beberapa ramuan yang tidak halal. Boleh tengok gambar dibawah ini mengenai ramuan yang dinyatakan. 



Oleh kerana tidak pasti mengenai maklumat yang disebarkan itu cs cuba mendapatkan kepastian di laman web jakim sendiri iaitu di Halal.com.my. Berikut merupakan ulasan Jakim mengenai isu status halal Starbucks ini. 

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
 
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.


Status halal Starbucks ini telah diperbaharui dan akan tamat pada 31/4/2014 menurut laman web halal.com.my. Jadi nasihat kepada yang kongsi sesuatu perkara itu sila selidik terlebih dahulu dan pastikan anda benar-benar pasti dengan kesahihan maklumat itu sebelum kongsi kepada orang lain. Perkara seperti ini boleh menyebabkan kekeliruan oleh banyak pihak.

Tuesday, 5 November 2013

Eksklusif: Ibu cerita pengalaman ngeri hantar anak ke Taska Taman Melati



Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan rakaman penderaan kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, Kuala Lumpur (baca disini). Video tersebut telah mencapai 6500++ share di fan page Tengoktvonline. Malah komen berbentuk nasihat, mengutuk dan mengkeji perbuatan pengasuh kejam tersebut tidak habis-habis diterima. 

Namun, Admin tertarik dengan artikel dalam satu blog peribadi mengenai pengalaman seorang ibu menghantar anak ke Taska didakwa berlaku penderaan tersebut. Melalui pendedahan ibu yang juga seorang blogger, kelakuan anaknya berubah semenjak dimasukkan ke taska tersebut. Jom ikuti artikel yang panjang namun padat dengan informasi yang kita tidak ketahui:

Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM..

Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja..

Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar dari sekolah..


PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

1) ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia.. 

-Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )

2) ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA

-Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

3)TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO.. 

-TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. )

4) Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih ..


PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

1) SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH.. (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

2) Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

3) Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka..

4) BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag..

5) ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA..

6) SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..

7) Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT..

8) AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer..


PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

1) Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)


2) Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak mereka di sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. )

3)  FINAL KEPUTUSAN DICAPAI.. 

Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT"

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY,
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA..


NASIHAT PUAN NORLI
  1. JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang.. 
  2. Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check.. 
  3. Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti.. 
  4. Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
  5. Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan.. 
  6. Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...

(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM

Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA..
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang

Blog Peribadi Puan Raja Norli

Disclaimer: Artikel ini dihasilkan oleh Puan Raja Norli. Sekiranya puan merasa artikel atau gambar tidak bersesuaian. Hubungi admin untuk perubahan. Terima kasih


Monday, 4 November 2013

[ Info Sihat ] Bau Ketiak Lelaki Mampu Hilangkan Stress Wanita?


meh cium ketiakl
Sesetengah daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi, boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress bagi wanita?
Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.
Bau ketiak lelaki
Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.
Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.
P/S : Eh kaum wanita jangan salah paham pula, tak semestinya ketiak anda berbau busuk tau! Ini cuma hasil kajian yang dibuat je. Jangan pula anda ambil peluh suami yang baru lepas bersenam dan sapukan ke bibir. Nanti ada pula yang tidak tahan bau dan termuntah pula :D


JOM CIUM KETIAK !!! HAHAH

Sunday, 3 November 2013

Penampakan Hantu Di Kemalangan Maut Pontian


Dilaporkan kemalangan berlaku lebih kurang dalam 6.30 pagi dan sewaktu hujan lebat. Difahamkan kereta yang dipandu mangsa telah terlanggar pokok tumbang lalu terbabas melanggar pokok. Anehnya terdapat seakan-akan makhluk halus pada pokok tersebut. Gambar ini diambil oleh saksi yang berada ditempat kejadian. Lihat gambar ini dan nilaikan sendiri .


news1malaysia
Perhatikan pada kereta terbabit, perhatikan dengan teliti pada bulatan merah di bawah ini. Nampak seakan makluk halus. Samaada betul atau tidak, nilaikanlah sendiri.

news1malaysia1