Saturday, 25 July 2015

KENAPA PETUGAS KERETA PERONDA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR???




Saya selalu ikut perkembangan kiriman komen dalam Rakan BH (Berita Harian).
Topik sekarang ini yang banyak diaorang perkatakan ialah mengenai kenapa
 petugas kereta peronda penguatkuasa (polis) tidak memakai tali pinggang
 keledar sedangkan mereka mengeluarkan saman kepada pemandu awam yang
tidak memakai tali pinggang keledar.
Disini saya berikan jawapannya dan saya share bersama pembaca blog....

Jangan anda pula bercakap seperti mereka tanpa cuba mencari fakta.

Sebab-sebabnya: Undang-undang sedia ada iaitu Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [ P.U. (A) 327 ] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang
kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 haribulan Januari 1979. Walaupun begitu, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasakan iaitu Seksyen 7 (a) keselamatan tali pinggang [ P.U. (A) 378 ] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan
ambulans daripada memakai tali pinggang keledar. 

Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP
bagi memudahkan diaorang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan anda melakukan tindakan segera.

Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut. Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap
anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian. Harap maklum.

Penulis asal: http://paparazy.blogspot.com/2013/04/kenapa-petugas-kereta-peronda-tidak.html

Friday, 24 July 2015

Akhirnya Ahmad Reza Sudi Terima Kereta - Terima kasih rakyat Malaysia

Sepang: "Saya menganggap kereta ini sebagai pinjaman dan berjanji kepada pemiliknya akan menggunakannya sebaik mungkin.
“Jika saya temui insan lain yang lebih susah, mungkin ketika itu tiba pula giliran saya menyerahkan kereta ini kepadanya," kata Ahmad Reza Samsuddin, 38.
Bapa tiga anak itu ditemui Harian Metro selepas wartawan mengaturkan pertemuan dengan seorang peniaga yang menyumbang kereta Proton Iswara selepas tersentuh dengan kisah kepayahan hidup Ahmad Reza yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Dalam pertemuan itu, wartawan dan peniaga yang enggan dikenali terpaksa mengambil masa selama hampir dua jam untuk memujuk Ahmad Reza supaya menerima kereta terbabit.
Nasib keluarga Ahmad Reza mula mendapat perhatian seluruh masyarakat negara ini apabila gambar dia menunggang motosikal bersama tiga anak lelakinya berusia tiga hingga lapan tahun dari Sepang ke Pulau Pinang menjadi ‘viral’ di laman sosial dua minggu lalu.
"Saya sama sekali tidak menyangka ada dalam kalangan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib kami sehingga sanggup 'meminjamkan' saya kereta demi keselamatan anak-anak.
"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mendoakan kami empat beranak dan saya harap saya tidak dipandang serong kerana bukanlah niat saya untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Julai 2015 @ 9:50 PM
Ahmad Reza bersalaman dengan peniaga (topi merah) yang memberinya kereta.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65937#sthash.i3FRkNVa.dpuf

Kisah Benar Lelaki Tua Berkain Pelikat Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Kehidupan – 15 Petua Kaya Raya Oleh Lelaki Tua Misteri |




Cerita ini diperolehi daripada laman web thevocket.com. Cerita asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Ianya mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah.

Orang Tua Kain Pelikat

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.



Promosi RM15 sahaja. Free Pos. Whatsapp 0192820866


#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

***

Promosi 2 Kotak Dengan Keahlian Percuma RM340. Free Pos. Whatsapp 0192820866


#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi. Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan. Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,

“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

Promosi RM200 sahaja. Free Pos. Whatsapp 0192820866



#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Thursday, 9 July 2015

Pelacur Ini Dedah Ustaz Terkenal Langgan ‘KHIDMATNYA’ 3 Jam, Hutang 3 Ribu




SEORANG wanita tanpa segan silu membuat pengakuan berani mati apabila mendedahkan memberi ‘perkhidmatan’ kepada ‘seseorang’ yang bergelar ustaz selama tiga jam.

Pendedahan pelacur yang menggelarkan dirinya sebagai Zara itu dibuat menerusi status di laman Facebooknya ternyata mengejutkan netizen.


Lebih sensasi, kenyataan Zara yang mendakwa ustaz tersebut merupakan graduan lulusan jurusan undang-undang dari Universiti Al-Azhar mengundang teka-teki dan persoalan ramai.

Tambahan pula, isteri ustaz berkenaan bukan calang-calang personaliti iaitu seorang dj radio di IKIM FM.

Senang cakap, Zara jelas bangga dengan pencapaian yang mampu menundukkan seorang ilmuan agama.

Sudah terang lagi bersuluh, Zara dalam kenyataan terakhirnya mendedahkan identiti pelanggan yang berhutang dengannya merupakan seseorang yang berpangkat Dato bergelar Ustaz Y.

Difahamkan, Dato’ Ustaz Y berhutang sebanyak RM3,000 selepas mendapatkan khidmat seks daripada Zara.

Namun, sejauh mana kebenaran hal ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Tapi kalau benar pendedahan ini, siapalah agak-agaknya gelaran ‘Ustaz Y’ misteri itu?

Kalau melihat kepada status-status yang diletakan, Zara ternyata seorang yang mengemari suami orang.

Malah dia turut meminta bukti adakah bakal pelanggannya suami orang atau tidak.

Di bawah ini, kami sertakan video yang dirakam Zara ketika berurusan dengan beberapa pelangannya.




Suara Zara yang serak-serak basah dan seksi ini, memang boleh buat mana-mana lelaki cair jadinya.

Apa yang paling mengejutkan lagi, apabila Zara mendedahkan kepada seorang pelanggan bahawa lebih 1,000 lelaki sedang menantikan perkhidmatan seksnya.

Nampaknya, Zara benar-benar laris dalam kalangan lelaki hidup belang!

Sumber: jangansembang

Friday, 3 July 2015

(Video) Kisah Sayu Suami Kantoi Curang Selepas 6 Minggu Kahwin, Isteri Redha



Seharusnya mana-mana pasangan suami isteri yang baru berumah-tangga pastinya menghabiskan masa bersama dengan penuh kemanisan dan keindahan.

Kami pasti itu adalah impian setiap pasangan yang bercinta apabila melangkah ke satu fasa hidup yang baru.



Namun lain pula jadinya dengan pasangan ini. Mereka dikatakan baru sahaja berkahwin, namun malangnya dalam diam suaminya dikhabarkan mempunyai kekasih hati yang lain.

Wanita itu yang menggunakan nama @electrictomato di laman Instagramnya seolah-olah redha dengan suratan hidupnya meskipun apa yang dirancang terkandas di pertengahan jalan.

Dia dilihat memuatnaik gambar suaminya dan kekasih hati suaminya.

Wanita ini didakwa sebagai kekasih baru suaminya


Menerusi kapsyen di gambarnya, dia turut 'menasihati' wanita itu bahawa tidak mustahil lelaki berkenaan akan berlaku curang sekiranya mula bosan dengan perhubungan mereka.

"Do I feel hurt? Hurt is an understatement. Betrayed? Manipulated? Yes. Who wont? I thought I knew him. I don’t think you will ever understand that because only women will get it. Girls don’t. Given 8 years, we’ve been through shit that tested us as a couple and we always end up loving each other. I knew him inside out and you wouldn’t even be close to that.

"Being the other woman dnt give you the upper hand. Let me tell you this, a man like that is not worth having at all. He could do it to his wife to have you but what makes you think he wouldnt do it to you when he’s bored of you.

"I'm so grateful that Allah has opened my eyes to the truth. I deserve better. You can have him. No I’m not bitter because you took the love of my life. Im just glad that you did. You saved me from a twisted liar.

Apa yang menarik perhatian adalah, berkemungkinan besar mereka saling mengenali antara satu sama lain apabila wanita ini memberitahu kekasih hati suaminya hadir pada majlis perkahwinan mereka dan turut mengambil gambar.

"Just remember this, you did this to someone’s wife without giving a fuck about her feelings but Allah is watching and it’s Ramadhan. Allah Maha Besar and Maha Adil. You will get your kifarah. I can’t believe you have the cheek to go to our wedding with your family and took photo with us.

"To you My Love – @hidayatkamarrudin , I wish you all the best in finding the life that you wanted. The life that you’ve trying to find since 2007. I hope Allah will still love you and guide you to the right path. Thank you for the memories. Her name is Ernie. She’s from ITE College Central. She probably deleted all her social media. @oheyernie," demikian memetik kapsyen wanita tersebut.

Semoga wanita ini terus kuat dan mendapat ganjaran yang lebih besar dari Allah SWT atas sifatnya yang sabar. -Siakapkeli.my


Kisah Sedih Warga Emas Dijemput Untuk Terima Sumbangan Raya, Tetapi Sekadar Meramaikan Majlis



Berlegar dilaman sosial hari ini kisah seorang warga emas berumur 62 tahun yang dijemput oleh pihak Baitulmal untuk menerima sumbangan Hari Raya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang akan dihadiri oleh pemimpin negara.

Cerita berkenaan telah diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali, mengenai ibunya yang didakwa telah dianaiya oleh pihak Baitulmal dan juga seolah ditipu untuk membuatkan ibunya pergi ke majlis yang kononnya penyerahan sumbangan hari raya untuk mereka.

Menceritakan kisah itu, ibunya telah bangun pada jam pukul 2 pagi (2 Julai) selepas dikatakan pihak Baitulmal telah menelefonnya meminta pergi ke Masjid Az-Zubair pada jam 4 pagi kerana ada makanan sahur disediakan.

Belum sempat menjamah makanan yang disediakan, ibunya yang ditemani abang ipar sudah diarah menaiki bas untuk bergerak ke Maeps

"Mak cepat-cepat ambil sebungkus bekas makanan dan menaiki bas dimana di dalam perjalanan mak membuka makanan tersebut. Apa yang ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji." katanya.

Apabila sampai di Merps hari masih gelap dan masing-masing mahu menunaikan solat subuh namun apa yang mengejutkan bas berkenaan berhenti sejauh 500 meter dari dewan yang dikatakan akan diadakan majlis berkenaan.

"Mak yang berumur 62 tahun gagahkan diri berjalan sejauh itu dari langit bewarna gelap hinggalah suasana menjadi cerah baru sampai ke dewan berkenaan, tiada kakitangan yang datang membantu insan-insan lemah seperti mak ini."

"Menurut kata mak ada orang yang lebih tua darinya dimana ada yang sampai jatuh terjelepok kerana tidak mampun untuk berjalan lagi dan merungut kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan bas terlalu jauh dari dewan," katanya lagi.

Apabila sampai ke dewan ibu wanita berkenaan hendak memasuki tandas untuk mengambil air sembahyang tetapi orang menunggu terlalu ramai dan dia tidak mampu berdiri lagi menyebabkan warga emas itu terlepas solat subuh kerana keadaan kemikian.

Selepas jam 7 semua jemputan masih menanti-nanti, selepas 2 jam menunggu tiada apa-apa majlis lagi bermula menyebabkan ibu beliau pergi ke tandas selepas.

Semasa di tandas ibu beliau telah menegur seorang gadis dengan bertanya "Majlis ape ye ramai sgt nie?" Gadis tersebut jawab.."Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik" Mak mengangguk tanda faham.

Terpandang di luar dewan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sudah sampai dengan kereta iringan.

"Terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan..kenapa rakyat perlu susah-susah berjalan jauh-jauh."

Selepas sejam PM berucap, majlis yang merupakan majlis sumbangan aidilfitri untuk asnaf Baitulmal dan ibu beliau didakwanya hanyalah jemputan sahaja.

Tiada sumbangan aidilfitri pun buat mereka di mana hanya menerima cenderahati berupa sebuah beg kain berisi kain pelikat, kain batik dan tuala kecil.


Habis majlis kira-kira pukul 11 pagi ibunya yang ditemani abang ipar keluar cepat-cepat kerana takut ditinggalkan bas yang membawa mereka datang sebab ibunya itu berjalan dengan perlahan.

"Mak berjalan ke bas tapi mak sempat merungut..penat mcm nak mati...mak x larat..tapi mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkan pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2."

"Sesampai di dalam bas..mak menarik nafas lega sebab dapat duduk..sblm bas bertolak..kakitangan baitulmal bagi sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt..tp ble smpai rumah..buka2 hanya ada rm30..mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg", ceritanya mengenangkan nasib ibunya diperlakukan demikian.

Kerana penyebaran cerita ini, ada pihak telah membawa perkara ini kepada pihak Baitulmal sendiri. Baitulmal dalam maklum balasnya memberitahu kain pelekat dan kain batik hanyalah cenderahati tetapi akaun tunai aidilfitri mereka akan masukkan ke dalam akaun penerima sebanyak RM500 pada 1 Julai dan sebahagian lagi pada 3 Julai.

Puan Rabiatun Asmah Mohd Ali menyifatkan apa yang dilakukan oleh Baitulmal tersebut adalah satu penganiyaan terhadap warga emas dan golongan kurang upaya kerana bantuan boleh diagihkan ke kawasan masing-masing bukannya mengadakan majlis yang menyusahkan sedemikian. - Sumber: Siakapkeli.my

SUMBER

Wednesday, 1 July 2015

HIDUNG TUMBUH DI DAHI

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.

Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
Foto
HIDUNG baru Xiaolian.
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Hidungbaruatasdahi/Article#sthash.u9XE4fgJ.dpuf